kenali anggaran sukatan

Mari kenali anggaran sukatan cawan untuk membuat pastri atau masakan. Kebanyakan resipi lazimnya memerlukan pengukuran gram dan menggunakan alat penimbang untuk mendapatkan pengukuran yang tepat.

Penggunaan pengukuran cawan jarang berlaku, terutamanya untuk bahan-bahan seperti tepung, gula, mentega, marjerin, air, dan lain-lain.

Sebenarnya, selain daripada menggunakan alat penimbang, ibu-ibu juga boleh menganggarkan kuantiti bahan mengikut pengukuran cawan. Kaedah ini lebih mudah.

Baca juga: Tip Pilih Butter ASLI Untuk Kek Dan Biskut, Baru Menjadi & Lebih Sedap!

Bagi anda yang baru mempelajari cara membuat kek, kuih, dan lain-lain tetapi tidak memiliki alat penimbang, boleh merujuk kepada anggaran pengukuran ini mengikut pengukuran cawan.

Berikut perkongsian daripada Puan Yatie Zelani sebagai panduan. “Saya mudahkan pada yang baru nak belajar, boleh semak disini ya tentang sukatan.Dan di bawah ni saya sertakan kan sekali alatan yang saya guna.”

KENALI ANGGARAN SUKATAN CAWAN BAGI YANG BARU NAK BERJINAK

kenali anggaran sukatan

kenali anggaran sukatan

1. Sukatan Tepung

1 cawan = 125 gm
2 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 90 gm
1/2 cawan = 65 gm
1/4 cawan = 45 gm
10 gm = 2 sudu kecil
3/4 cawan = 90 gm
2 sudu besar = 15 gm
2 sudu kecil = 10 gm

2. Sukatan Gula

1 cawan = 250 gm
2 cawan = 500 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu kecil = 10 gm
1 sudu besar = 15 gm

3. Sukatan Cecair

1 cawan = 250 ml
3/4 cawan = 180 ml
1/2 cawan = 125 ml
1/4 cawan = 50 ml
1 liter = 1000 ml

4. Sukatan Marjerin/butter

1 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu besar = 15 gm
1 sudu kecil = 10 gm

5. Tukaran oz ke gram

1 oz – 25 gm
9 oz – 250 gm
16oz (1 lb) – 450 gm
2 lb 4 oz – 1 kg

6. Tukaran oz ke ml

8 oz = 237 ml
6 oz = 177 ml
5 oz = 158 ml
4 oz = 118 ml
3 oz = 79 ml
2 oz = 59 ml
1 oz = 30 ml
1/2 oz = 15 ml

Berikut adalah antara loyang talam. Ada yang saiz 8, 9, 10, 11, 12, dan lain-lain. Ini hanya contoh yang sdiberikan untuk anda yang baru ingin belajar.

Loyang square nipis itu biasanya digunakan untuk mengumpulkan kacang, walaupun pada asalnya itu adalah loyang brownies berserta pemotongnya. Cawan metrik ini boleh didapati kedai Mr. DIY. 

Semoga informasi anggaran sukatan ini memberi manfaat.

Sumber: Yatie Zelani

Baca juga: Beza Tepung Sagu, Tepung Ubi & Tepung Jagung, Kena Ambil Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN