Categories: Resipi

Cara Buat Kek Sunquick 5 Bahan, Nak Lagi ‘Moist’ Kena Letak Ini

Resipi kek sunquick oren ini hanya menggunakan lima bahan asas seperti marjerin, gula kastor, telur, tepung dan sunquick oren. Walaupun menggunakan bahan mudah, kek ini menghasilkan tekstur yang sangat lembut dan wangi ketika dibakar.

Resipi ini juga sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia baking. Bolehlah hidangkan kepada keluarga tersayang.

Untuk variasi, anda boleh menambah sedikit hirisan buah oren di atas kek sebelum dibakar untuk hiasan yang menarik dan jika inginkan kek yang lebih lembap, tambahkan 1 sudu besar susu cair dalam adunan.

Selain itu, pastikan jangan membakar kek terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kek menjadi kering.

Jom baca resipi mudah di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Kuetiau Basah Seafood, Tambah Cili Jeruk Bertambah-Tambah Sedap!

RESIPI KEK SUNQUICK 5 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 170gm marjerin
  • 115gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 160gm tepung kek atau tepung naik sendiri
  • 4 sudu makan sunquick oren

Cara-cara membuat:

1.  Mula-mula, campurkan marjerin dan gula kastor. Pukul bahan ini sehingga kembang dan bertukar warna menjadi sedikit cerah.

2. Selepas campuran marjerin dan gula kembang, masukkan telur satu persatu. Pastikan setiap telur dipukul sehingga sebati sebelum menambah yang seterusnya. Pukul sehingga adunan menjadi kembang dan berkrim.

3. Setelah adunan telur dan marjerin sebati, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati dengan perlahan menggunakan spatula atau mixer pada kelajuan rendah.

4. Masukkan Sunquick Oren dan gaul sehingga semua bahan tercampur dengan rata. Jika menggunakan kulit oren parut, masukkan pada peringkat ini.

5. Panaskan oven pada suhu 170°C hingga 180°C, bergantung pada jenis oven anda. Gris loyang dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung untuk memastikan kek tidak melekat.

6. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama lebih kurang 1 jam atau sehingga kek masak. Anda boleh menggunakan lidi atau pisau untuk memeriksa sama ada kek telah masak sepenuhnya, jika lidi keluar bersih, kek sudah sedia untuk dikeluarkan.

7. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari loyang. Potong dan hidangkan.

Sumber: Addarosa Rose Garden 

Baca lagi: Cara Buat Kek Mille Crepe Coklat, Setiap Suapan Rasa Nikmat Sungguh!

Aisha Qistina

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago