Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven sebelum turun semula. Kali ini, perkongsian Nur Farahin Shamshudin di Facebook pula boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan kek pisang yang lebih moist dan menjadi.

Menurut beliau, resipi ini menggunakan gabungan butter dan minyak, selain pisang yang dilenyek terlebih dahulu. Hasilnya, kek pisang mempunyai tekstur yang lembut dan moist, sesuai dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Kek Guna Marjerin Pelangi, Lagi Lama Disimpan Lagi Lembut & Moist Bila Makan!

RESIPI KEK PISANG MOIST

kek pisang moist

Bahan-bahan:

Bahan A (1):

  • 3 biji telur gred A/B
  • 1 cawan gula perang

Bahan A (2):

  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan butter dan minyak (boleh guna salah satu atau campurkan kedua-duanya)
  • 7-8 biji pisang emas
  • 4-5 biji pisang montel/berangan

Pisang dilenyek dan dibiarkan selama 1-2 jam dalam peti sejuk. Gunakan kira-kira 1 cawan pisang yang telah dilenyek. 

Bahan B:

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil baking powder

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan telur dan gula perang ke dalam mangkuk. Putar sehingga adunan kembang.
  2. Masukkan esen vanila, butter/minyak dan pisang yang telah dilenyek. Kisar sekejap selama kira-kira 5-7 saat.
  3. Ayak tepung naik sendiri bersama baking powder.
  4. Satukan bahan A dengan bahan B.
  5. Kaup balik adunan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama atau terlalu kuat.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.
  7. Hentakkan loyang perlahan-lahan untuk mengeluarkan gelembung udara.
  8. Jika suka, letakkan hirisan pisang atau chocolate coin sebagai topping.
  9. Panaskan oven selama kira-kira 5 minit sebelum membakar.
  10. Bakar pada suhu sekitar 120-130°C selama 1 jam 20 minit, menggunakan api atas dan bawah serta rak paling bawah.

TIPS SUPAYA KEK PISANG TAK BANTAT

  • Jangan kacau adunan terlalu lama selepas tepung dimasukkan.
  • Kaup balik adunan perlahan-lahan sehingga sebati.
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.
  • Suhu oven mungkin berbeza, jadi laraskan mengikut jenis oven masing-masing.
  • Pisang yang digunakan mestilah cukup masak supaya kek lebih wangi dan sedap.
  • Elakkan membuka pintu oven terlalu kerap ketika kek sedang dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Farahin Shamshudin

Baca juga: Resepi Kek Marble Lembut & Gebu, Bila Potong Coraknya Cantik Sangat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending