kek madu kemenyan

Kek telah menjadi pencuci mulut kesukaan ramai sejak dulu lagi. Tapi pernahkah anda dengar tentang Kek Madu Kemenyan?

Kek Madu Kemenyan adalah antara kek popular di Sarawak kerana mempunyai rupa bentuk dengan lapisan coklat dan putih yang sangat cantik.

Walaupun nama agak menyeramkan, tapi rasa kemanisan kek ini memang tiada tolok banding dengan kek lain.

Evelyn Gemina telah sudi kongsikan resipi Kek Madu Kemenyan yang menarik di blognya. Selepas makan kek ini, pasti anda terkejut punya.

Baca juga: Resepi Kek Coklat Moist, Guna Air Fryer Pun Tetap Gebu Meleleh

RESIPI KEK MADU KEMENYAN

kek madu kemenyan

Bahan A:

  • 10 biji putih telur
  • 1 sudu kecil ovelette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200g gula kastor
  • 300g tepung gandum

Bahan B:

  • 8oz mentega, suhu bilik
  • 100g gula kastor

Bahan C:

  • 10 biji kuning telur

Bahan D:

  • 1 botol kecil Golden Syrup (saya guna 150g madu)
  • 200g tepung marie (biskut marie yang dikisar halus)
  • 100g tepung gandum
  • 200g horlicks

Bahan E:

Cara-cara:

1. Sediakan loyang bersaiz 8×8 inci dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak, kemudian ketepikan.

2. Pukul bahan A kecuali tepung gandum sehingga lembut dan gebu serta masukkan tepung, kemudian pukul rata dan ketepikan.

3. Dalam bekas yang lain, pukul pula bahan B sehingga kembang dan masukkan bahan C, kemudian pukul lagi.

4. Masukkan pula bahan D dan pukul sehingga sebati, kemudian satukan dengan bahan A tadi sehingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan campurkan salah satu bahagian dengan bahan E, kemudian gaul sebati.

6. Tuang adunan berselang-seli dalam loyang yang disediakan dan kukus selama 4 jam, kemudian potong apabila kek sudah sejuk. Siap!

kek madu kemenyan

Anda yang sedang cari resipi kek yang belum pernah dibuat, bolehlah cuba di rumah. Jangan lupa toleh kiri dan kanan semasa membuatnya sebab ada yang memerhati di belakang.

Maklumlah baunya sungguh wangi, semestinya ada ahli keluarga yang teringin makan Kek Madu Kemenyan yang anda buat.

Selamat mencuba!

Sumber: Evelyn Gemina

Baca juga: Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN