Kek kukus durian berlapis kastard merupakan salah satu pencuci mulut yang patut dicuba menggunakan raja buah ini. Terutama, kepada ‘hantu’ durian, rugi kalau anda tak rasa!

Kek ini menggunakan durian segar yang dilapisi dengan kastard durian memberikan rasa yang sangat berlemak dan lazat.

Anda juga boleh kurangkan tahap kemanisan dalam resipi ini dan pastikan kastard dalam keadaan sejuk sebelum disapu pada kek.

Baca lagi: Jenis-Jenis Butter Premium Di Malaysia, No. 2 Paling Sedap & Ramai Guna!

RESIPI KEK KUKUS DURIAN BERLAPIS KASTARD

Bahan Kering untuk Kek:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit garam

Bahan Basah (Dikisar):

  • 1 ½ cawan gula (boleh kurangkan mengikut citarasa)
  • 1 cawan susu cair atau full cream
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan isi durian
  • 1 sudu teh ovalet
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur gred A/B

Cara Penyediaan Kek:

1. Kisar semua bahan basah hingga halus.

2. Panaskan kukusan hingga air mendidih.

3. Campurkan bahan basah yang telah dikisar ke dalam bahan kering, adun hingga sebati tanpa ketulan.

4. Sediakan acuan 8×8 yang telah dilapik dengan kertas minyak, tuangkan adunan ke dalam acuan.

5. Kukus selama 1 jam atau hingga masak. Sejukkan kek sebelum membelahnya.

Cara Penyediaan Kastard Durian:

  • 500 g susu cair atau full cream
  • 100 g gula kastor (boleh kurangkan)
  • 50 g tepung kastard
  • 1 biji telur gred A
  • 150 g isi durian

Cara Membuat Kastard:

1. Kisar semua bahan hingga halus.

2. Masak dalam periuk sambil dikacau hingga likat. Sejukkan sebelum digunakan.

Penyediaan Akhir:

1. Belah kek yang telah sejuk kepada dua lapisan.

2. Sapu kastard durian di antara lapisan kek.

3. Susun kembali lapisan kek dan kastard. Potong-potong untuk dihidangkan.

Sumber: Dyzah Sulaiman

Baca lagi: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN