Resipi ini sangat senang kerana menggunakan kepingan keju sahaja untuk menghasilkan sebiji kek yang sedap.
Nak tahu macam mana? Jom baca resipi perkongsian oleh Cik Puan Nor Misnor melalui laman sosial Facebook milik beliau.
Baca juga: Kek Karamel Pelangi, Kombinasi Puding Dan Kek Yang Lembut Serta Gebu
Aktiviti malam tadi sebenarnya buat kek gedik ni. Si kakak kata dah lama ibu tak buat. Ni akk buat resipi yang mudah sahaja, guna slice cheese je. Kalau nak cuba boleh la buat. Kek keju jepun atau Japanese Cotton Cheesecake.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Panaskan susu dengan api perlahan, kemudian masukkan kepingan keju yang telah dicarik-carik.
2. Setelah keju cair, masukkan mentega.
3. Setelah semua cair, ketepikan dan biarkan sejuk.
4. Campurkan putih telur dengan gula dan pukul hingga betul-betul gebu putih (meringue@ bertanduk), ketepikan. Pastikan bekas yang kita guna kering. Sambil itu, panaskan oven.
5. Dalam bekas lain, satukan kuning telur dengan esen vanila dan pukul sebati, kemudian masukkan tepung gandum. Gaul atau mix sekejap hingga sebati, kemudian campurkan adunan dengan putih telur tadi. Gaul sebati.
6. Sediakan loyang saiz 9 yang sudah dialas dengan baking paper, tuang adunan ke dalam loyang.
7. Letak loyang adunan ke atas loyang yang lebih besar yang telah diisi dengan air.
8. Bakar pada suhu 170°C (api atas bawah) selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140°C dan bakar lagi selama 40 minit atau hingga masak.
9. Setelah masak, biarkan kek dalam loyang selama 2 minit sebelum dikeluarkan.
Sumber: Nor Misnor
Baca juga: Resipi Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…