Kek boleh dibuat secara bakar dengan oven atau dikukus, tapi tahukah anda sebenarnya ada cara buat Kek Jantung Pisang tanpa menggunakan oven?
Kek Jantung Pisang adalah salah satu kek lapis Sarawak dan merupakan kek tradisi orang dulu-dulu yang dibuat dengan cara istimewa dan sungguh unik.
Oleh kerana tak semua orang pada zaman dulu mampu beli oven, jadi mereka mencari alternatif lain untuk buat kek dengan menggunakan kuali.
Apa yang kami boleh katakan, ia merupakan sejenis kek lama dan tak ramai yang tahu tentang kewujudannya pada zaman yang serba moden ini.
Ramai terkejut dengan perkongsian Ummi Lynn Hassan di Facebook tentang cara buat Kek Jantung Pisang tanpa oven kerana ia merupakan kek klasik dan hanya orang legend saja yang tahu tentangnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula, putar marjerin dengan gula sehingga kembang.
2. Kemudian, masukkan telur dan putar sehingga betul-betul kembang.
3. Selepas itu, masukkan semua bahan yang lain dan putar sehingga sebati.
4. Setelah itu, goreng dengan menggunakan kuali kecil yang dalam. Goreng selapis, angkat, goreng lagi dan tindihkan. Ulang-ulang sampai habis tepung.
5. Akhir sekali, boleh potong ikut citarasa masing-masing. Siap untuk dinikmati!
Walaupun tiada oven, anda masih boleh buat pencuci mulut seperti Kek Jantung Pisang yang sedap dan cukup mudah dengan hanya menggunakan kuali di rumah.
Kek ini merupakan hidangan yang sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan atau minum petang dan anda boleh nikmatinya bersama keluarga tersayang di rumah.
Kami yakin jika anda buat kek ini untuk ibu dan ayah, pasti mereka akan terkejut dan seronok memakannya sampai tak berhenti.
Selamat mencuba!
Sumber: Ummi Lynn Hassan
Baca juga: Resepi Kek Butter Mudah Versi Mak-Mak, Gebu Mulus Bukan Main Lagi!
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…