Categories: Resipi

Resipi Kek Buah Jalur Gemilang, Macam Ini Baru Semangat Patriotik!

Bulan ini tentunya hari istimewa kepada rakyat Malaysia kerana 31 Ogos negara menyambut hari kemerdekaannya. Jadi, jom buat kek buah Jalur Gemilang.

Sebagai ibu, sudah tentu pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan hias makanan sempena bulan kemerdekaan ini.

Oleh itu, anda boleh gunakan idea ini untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Mari kita lihat perkongsian oleh Cik Puan Lina Thomas menerusi laman sosial Facebook.

Baca juga: Teknik Baking Dalam Air Fryer, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

RESIPI KEK BUAH JALUR GEMILANG

Bahan-bahan:

  • 100g mentega (suhu bilik)
  • 150g gula
  • 2 sudu besar sour cream/yogurt
  • 3 biji telur gred A (dipukul perlahan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar jus lemon & zest dari 1 lemon
  • 210g tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik)
  • Buah-buahan seperti strawberi, pic, dan blueberry

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar kepada 180°C. Gris dan alas loyang dengan kertas minyak.

2. Putar mentega, gula, dan sour cream hingga ringan. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3. Masukkan esen vanila, jus lemon, dan zest lemon. Putar hingga sebati.

4. Masukkan tepung dan serbuk penaik, dan gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang, kemudian susun buah-buahan di atas adunan.

5. Hias kek dengan buah-buahan tambahan jika dikehendaki.

6. Bakar selama 1 jam. Tutup bahagian atas kek dengan aluminium foil pada 15 minit terakhir untuk mengelakkan kek menjadi terlalu coklat.

7. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 5-10 minit sebelum dipindahkan ke rak dawai. Taburkan gula aising ke atas kek sebelum dihidangkan.

TIP:

Untuk hasil terbaik, jangan tekan buah-buahan ke dalam adunan, biarkan ia kekal di permukaan untuk hiasan yang menarik.

Selamat mencuba!

Sumber: Lina Thomas

Baca juga: Resipi Biskut Goreng, Orang Lama Je Yang Tahu Snek ‘Legend’ Ini

Aisha Qistina

Recent Posts

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

1 hour ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

1 hour ago

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

3 hours ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

4 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago