Categories: Resipi

Kaswi Gula Merah Versi Tahan Lama, Kena Buat Cara ‘Ini’ Baru Menjadi!

Orang Malaysia cukup menggemari kuih tradisional sebagai pencuci mulut dan semestinya kuih Kaswi Gula Merah tetap pilihan di hati.

Kuih Kaswi merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sentiasa mendapat permintaan ramai dan ia juga dipanggil dengan nama lain iaitu kosui atau kasui.

Terdapat banyak perisa dalam membuat kuih legend ini, tapi ramai yang sukakan kuih Kaswi Gula Merah kerana rasa yang lebih asli, lembut dan kenyal apabila dimakan.

Selalu beli di luar saja, sekali-sekala nak juga rasa air tangan sendiri. Oleh itu, anda boleh ikut resipi kuih yang dikongsikan oleh NorDiana Mat Desa ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Puteri Ayu Anti Gagal, Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Bantat

RESIPI KUIH KASWI GULA MERAH

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi
  • 1 sudu air kapur (secubit kapur atau sesudu air kapur yang siap dibancuh)
  • 1 cawan gula merah
  • ¾ cawan gula
  • 5 cawan air
  • Kelapa parut (putih saja, campur garam, kukus sekejap supaya tahan lama)

Cara-cara membuat:

1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api dapur sebentar untuk hancurkan gula dan letak sehelai daun pandan untuk aroma, kemudian tunggu sejuk sebentar.

2. Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama 3 cawan air, kemudian masukkan air gula tadi dan tapis.

3. Guna loyang 8×8 dan kukus selama 30 hingga 40 minit. Setelah itu, tunggu sejuk baru potong dan boleh digaul dengan kelapa parut. Siap untuk dinikmati!

Jika nak potongan kuih Kaswi Gula Merah yang lebih cantik, anda perlu tunggu kuih betul-betul sejuk dan potong dengan pisau plastik yang disapu sedikit minyak.

Bagi memastikan kuih Kaswi Gula Merah tahan lebih lama, anda disarankan untuk tidak gaul dengan kelapa parut terlebih dahulu. Senang cerita, nak makan nanti baru gaul.

Selamat mencuba!

Sumber: NorDiana Mat Desa

Baca juga: Resepi Lepat Pisang Kukus, Manis Klasik Macam Orang Dulu-Dulu Buat

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago