Categories: Hiburan

Karnival Jom Heboh Kembali Lagi, Banyak Aktiviti ‘Ohsem’ Menanti Korang!

“JOM.. JOM.. JOM.. JOM.. JOM HEBOH HEBOH!”

Karnival tahunan kegemaran ramai Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali lagi! KJH kali ini dibawakan oleh DuitNow, dan bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya. Jumpa anda semua di sana seawal 8.00 pagi kerana banyak aktiviti menarik menanti anda!

Acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB)

Acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) dimeriahkan dengan pelbagai booth dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton yang menyediakan aktiviti-aktiviti menarik serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular. Selain itu, belon udara panas juga disediakan khas buat pengunjung yang ingin melihat suasana sekeliling Putrajaya dengan harga yang murah, hanya dengan menggunakan aplikasi DuitNow.

Banyak promosi-promosi hebat menanti anda!

Kemeriahan di KJH diteruskan dengan promosi-promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Jangan melepaskan peluang untuk menjadi pengunjung terawal kerana anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa dari KJH!

Beramah mesra dengan barisan pelakon Melur Untuk Firdaus

Lebih istimewa lagi, pengunjung bakal berpeluang untuk beramah mesra dengan artis suka ramai di booth Media Prima Berhad tersedia seperti barisan pelakon Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati, Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.

Pengunjung berpeluang untuk menghabiskan hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-Muzik, bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

Tidak ketinggalan juga siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi yang juga membawakan kemeriahan KJH kepada semua penonton TV3. Bagi peminat muzik pula, KJH mempersembahkan konsert legenda Konsert Jom Heboh yang pasti akan memeriahkan malam minggu anda.

Konsert Jom Heboh dua malam berturut-turut

Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada pukul 9.00 malam selama dua malam berturut-turut. Konsert ini akan dihoskan oleh penyampai radio terkenal dari Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil.

Persembahan barisan artis terkenal

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniacks, Xpose, Amsyar Lee, Ezad Lazim dan ramai lagi.

Bagi menyemarakkan suasana di KJH, raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan acara-acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing dan Flying Fox.

Banyak lagi aktiviti menarik menanti anda!

Aktiviti-aktiviti lain termasuk senamrobik, mini penalti dan bola bowling. Karnival Jom Heboh Acara Padang Paling Lama di Malaysia yang diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records ini pasti mengujakan hujung minggu anda sekeluarga.

Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tag #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

Wan N

Recent Posts

Bosan Sup Ayam Biasa? Cuba Tom Som Gai, Kuah Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

Bosan dengan sup ayam yang dimasak cara sama? Apa kata cuba tom som gai, sup…

10 mins ago

Roti Mudah Untuk Orang Malas, Tak Perlu Uli Lama, 30 Minit Dah Boleh Bakar

Nak cuba buat roti homemade tetapi tak mahu menguli lama-lama? Resipi roti mudah ini memang…

1 hour ago

Resipi Lempeng Dada, Nak Versi Masin Boleh, Nak Tukar Jadi Manis Pun Boleh

Resepi lempeng dada ini antara pilihan yang sesuai untuk sarapan atau hidangan ringan apabila mahukan…

2 hours ago

Tak Buat Diet Ketat, Lelaki Ini Turun Hampir 30kg Dengan Ganti Nasi Kepada Kentang!

Seorang lelaki berusia 43 tahun dari Guangdong, China, dikenali sebagai Chen selepas berjaya turun berat…

16 hours ago

Lauk Balik Kerja Paling Senang, Ayam Cendawan Enoki Ini Memang Mengenyangkan

Selepas seharian bekerja, lauk yang tidak terlalu rumit tetapi tetap menyelerakan memang terasa lebih bermakna.…

18 hours ago

Tak Cepat Lembik, Ini Cara Menyimpan Lobak Merah Agar Tahan Hingga 4 Minggu Dalam Peti Ais

Kalau selalu beli lobak merah tetapi jarang memasak, jangan biarkan sayur ini tersimpan begitu sahaja…

18 hours ago