Categories: Resipi

Karipap Kambing Blackpepper, Inti Padat Memang Tak Pernah Cukup Satu!

Bosan dengan inti karipap yang sama? Jom cuba karipap kambing blackpepper yang lain dari lain! Karipap ini sesuai untuk peminat daging kambing dan diolah dengan inti yang kaya rasa.

Inti karipap yang padat dan bila digigit terasa daging kambing itu, memang tak akan cukup satu!

Di entri ini juga kami kongsikan cara untuk membuat kulit karipap yang akan kekal rangup dari pagi sampai ke malam. Jom baca resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Apam Kampung Gula Merah, Nak Sedap Kena Letak ‘INI’!

RESIPI KARIPAP KAMBING BLACKPEPPER

Bahan-Bahan Inti:

  • 500g daging kambing (direbus hingga empuk dan dipotong dadu)
  • 1kg kentang (potong dadu)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sudu besar jintan manis (tumbuk)
  • 1 sudu besar jintan putih (tumbuk)
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Air stok rebusan kambing
  • 1 ½ sudu besar serbuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub daging
  • Kicap manis (agak-agak secukup rasa)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Dried rosemary (pilihan, ikut selera)

Cara Memasak Inti:

1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk (bawang merah, bawang putih, lada hitam, jintan manis, jintan putih) hingga naik bau wangi.

2. Bila sudah harum, masukkan secawan air rebusan kambing dan biarkan mendidih.

3. Masukkan kiub daging, serbuk cili, sos tiram, sos cili, kicap, serbuk kayu manis, gula, dan garam. Kacau rata.

4. Masukkan kentang dan air rebusan kambing secukupnya untuk memastikan kentang empuk.

5. Masak hingga kentang lembut dan semuanya sebati.

6. Akhir sekali, masukkan daun sup untuk aroma tambahan. Inti siap!

Resepi Kulit Karipap (Resepi Warisan Mak):

Bahan-Bahan Kulit:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan minyak (dipanaskan)
  • Air sejuk dari peti sejuk (anggaran 1 cawan, dituang sedikit demi sedikit)

Cara Membuat Kulit:

1. Campurkan tepung gandum, garam, dan marjerin. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Panaskan minyak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung dan marjerin tadi. Gaul dulu dengan sudu sebelum menggunakan tangan.

3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh tidak melekat di tangan dan menjadi lembut.

4. Rehatkan doh selama 30 minit.

5. Setelah itu, uli semula doh dan gelek sedikit demi sedikit untuk membentuk karipap menggunakan acuan.

6. Masukkan inti kambing black pepper yang telah dimasak tadi, tutup karipap dengan kemas, dan sedia untuk digoreng.

Sumber: Shida Razak KC

Baca lagi: Resipi Makaroni Ayam & Sayur, Cara Macam Ini Sebijik Macam Di Itali!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago