kari sotong tumis darat

Ada yang suka makan kari sotong tumis darat? Sedapnya makan dengan nasi putih panas-panas tu kan.

Tumis darat ialah cara masakan ramuannya ditumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis.

Baca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!

Cara ‘tumis darat’ ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mazliza Ahmad dari laman Facebook ini. Tengok dari gambar saja pun memang dah nampak mengiurkan lauk kari ini. 


RESIPI KARI SOTONG TUMIS DARAT

Alhamdulillah, semua sotong akak bertelur hari ini. Ini resipinya yang boleh dicuba.

kari sotong tumis darat

Bahan-bahan:

  • Sotong – bersihkan 
  • 2 paket kecil rempah kari ikan – bancuh dengan sedikit air
  • 3 biji kentang- belah dua
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 kotak santan @100 ml – kotak kecik
  • 2 keping asam keping
  • Garam, perasa dan gula
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 2 biji cili muda -belah dua
  • 5-6  tangkai cili padi

Bahan tumis darat:

  • 1 biji bwng besar – belah dua dan hiris nipis
  • 3 ulas bwng putih-hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 4- 5 tangkai cili kering – potong pendek
  • 1 sudu mkn halba campur

Cara-cara memasak: 

1. Tumis semua bahan hiris dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan

2. Masukkan rempah dan tumis hingga garing.

3. Masukkan 2 gelas air. 

4. Masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk. Kalau belum empuk, boleh tambahkan air lagi.

5. Masukkan garam,perasa, gula dan asam keping.

7. Masukkan sotong dan santan. Bila dah nampak sotong masak, Baru masukkan tomato dan cili belah. Tutup api

8. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN