Categories: Resipi

Kari Ayam Kerisik, Kuah Pekat & Berlemak Herlok!

Kari ayam kerisik merupakan menu kampung yang banyak menggunakan rempah ratus. Kerisik memberikan rasa yang berlemak dan pekat, jadi jangan tinggalkan langkah ini.

Kari ini bukan sahaja sesuai untuk dinikmati bersama nasi putih, tetapi juga enak jika dipadankan dengan roti canai atau roti jala.

Dengan mengikuti resipi perkongsian di bawah, anda akan mendapat kari ayam yang sangat pekat dan sedap.

Baca lagi: Tempoyak Ikan Bilis Petai, Resipi Penuh Bikin Kecur Air Liur!

RESIPI KARI AYAM KERISIK

Bahan-bahan:

  • Bahan kisar (*):
    • 6 biji bawang kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
  • Bahan tumis ():**
    • 1 biji bawang besar (dihiris)
    • 2 tangkai daun kari (lebih jika daun kecil)
    • ½ batang kulit kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 3 kuntum bunga cengkih
  • Bahan utama:
    • 2 sudu besar rempah kari ayam atau 1 paket kecil
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • ½ ekor ayam atau 4-5 ketul ayam, dipotong kecil
    • 4-5 biji kentang, dipotong sederhana
    • ½ hingga 1 keping asam gelugur
    • 2½ cawan air
    • ½ cawan santan pekat
    • 1-2 sudu besar kerisik
    • Beberapa biji tomato ceri atau 1 biji tomato besar, dipotong

Cara Penyediaan:

1. Kisar bawang kecil, bawang putih, dan halia hingga halus.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumis seperti bawang besar, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, dan bunga cengkih. Tumis hingga bawang bertukar menjadi perang dan naik bau harum.

3. Tambahkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis hingga kekuningan dan garing. Ini akan menghasilkan rasa yang lebih mendalam.

4. Masukkan rempah kari ayam dan serbuk cili ke dalam kuali. Tumis hingga rempah pecah minyak. Untuk memastikan rempah masak dengan baik, tambahkan sedikit air dan kacau hingga rempah betul-betul masak. Ulangi langkah ini 3 hingga 5 kali, menambah sedikit air setiap kali.

5. Masukkan potongan ayam, kentang, dan asam gelugur ke dalam kuali. Kacau rata sehingga ayam dan kentang disaluti dengan bahan tumisan. Biarkan ayam mengeluarkan airnya sendiri dan biarkan air itu kering seketika.

6. Masukkan 2½ cawan air ke dalam kuali dan biarkan kuah mendidih. Biarkan ayam masak sepenuhnya dan pastikan kentang empuk.

7. Setelah ayam dan kentang masak, masukkan santan pekat dan kerisik. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih sekali lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa.

8. Masukkan tomato ceri atau tomato besar yang telah dipotong. Kacau rata dan tutup api. Biarkan kari seketika sebelum dihidangkan untuk memastikan rasa sebati.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: 3 Jenis Periuk Masak Selalu Orang Pakai, Yang ‘Last’ Tu Paling Mak-Mak Suka!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago