jenis ketam

Terdapat pelbagai jenis ketam yang popular di Malaysia  dan masing-masing mempunyai keunikan serta khasiatnya yang tersendiri.

Buat pencinta makanan laut, anda pasti kerap mengunjungi tempat makan yang menyajikan ketam sebagai hidangan utama.

Ramai juga yang sering menyimpan stok ketam di dalam peti sejuk. Sekali seminggu wajib masak hidangan ketam.

Namun begitu, tahukah anda apa jenis ketam yang dimakan di kedai atau yang dibeli itu?

Jika ramai yang masih tidak tahu, mari kami kongsikan 8 jenis ketam yang terkenal di Malaysia serta khasiat mereka.

Baca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan

JENIS JENIS KETAM YANG POPULAR & KHASIATNYA

1. Ketam karang

jenis ketam

Ketam Karang mempunyai cangkerang yang lebih kecil dan berduri. Dagingnya pula lembut dan manis.

Ketam ini juga mengandungi kandungan asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung dan kesihatan otak.

2. Ketam batu

Ketam Batu merupakan salah satu jenis ketam yang paling terkenal. Ia memiliki cangkerang yang keras dan mempunyai daging yang berwarna merah jambu.

Ketam jenis ini mengandungi kandungan protein, kalsium dan zat besi yang tinggi. Ia dapat menjaga kekuatan tulang dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

3. Ketam snow crab

jenis ketam

Ketam Snow Crab terkenal dengan dagingnya yang manis dan lembut. Ia juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, rendah kalori dan rendah lemak. Sekaligus menjadikannya pilihan yang baik untuk diet.

Ketam ini juga kaya dengan kandungan mineral sepert seng, fostor dan selenium yang penting untuk kesihatan metabolisme dan kekuatan tulang.

4. Ketam kelapa

Ketam Kelapa merupakan antara spesis ketam yang terbesar di dunia dan memilik ciri-ciri menarik yang membezakannya dengan ketam lain.

Ketam Kelapa boleh mencapai berat sehingga 40 kg dan membesar sehingga 1 meter (kaki ke kaki).

Beberapa negara telah membuat perlindungan undang-undang kepada ketam ini kerana populasi mereka berisiko terancam.

Spesis ini sering ditemui di beberapa pulau di sekitar Lautan Pasifik dan Lautan Hindi termasuk beberapa pulai di Sabah, Malaysia. Mereka juga cenderung hidup di pesisiran pantai dan berhampiran dengan pantai.

Ketam ini sedap dimasak Ketam Masak Sambal, Ketam Masak Gulai dan sebagainya lagi.

5. Ketam lumpur

Spesis ketam ini memiliki cangkerang yang berwarna gelap dan cenderung hidup di kawasan berlumpur. Ia juga mempunyai rasa yang kenyal dan unik ketika dimakan.

6. Ketam king crab

jenis ketam

Ketam King Crab popular dengan dagingnya yang berwarna putih dan lazat. Ia memiliki kandungan protein, vitamin B12 dan selenium yang tinggi.

Ketam ini juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan mengurangkan keradangan dalam tubuh.

7. Ketam soft shell

Ketam Soft Shell ini pula dikenali dengan cangkerang yang lembut dan boleh dimakan sepenuhnya. Dagingnya pula mempunyai tekstur yang lembut dan rasa yang unik.

Ketam spesis ini rendah lemak dan kaya dengan protein. Sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan rendah lemak.

Ia juga memilik kandungan selenium dan zat besi yang dapat mengelakkan keletihan dan meningkatkan kekebalan tubuh.

8. Ketam pincers biru

Ketam Pincers Biru juga dikenali sebagai Ketam Mangrove. Ia mempunyai cangkerang berwarna biru kehijauan. Dagingnya pula manis dan sangat lazat.

Ketam ini juga memiliki kandungan kalsium dan fostor yang baik untuk gigi dan pertumbuhan tulang.

Ia juga mengandungi vitamin A, C dan E yang membantu meningkatkan sistem imun.

Sumber: Motherhood

Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN