Sesuai untuk dihidangkan terutama sekali ketika cuaca panas sekarang, confirm minum tak toleh kiri kanan.
Kalau anda merancang untuk ke picnic hujung minggu ini, air ini juga sangat sesuai sebagai menu utama!
Berikut adalah cara penyediaan jelly teh bunga bersama laici dan daun pudina. Resipi asli oleh Cik Puan Marissa Brand.
Baca juga: Tanak Pulut Cara Yang Betul, Barulah Onz Makan Dengan Durian!
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Panaskan 2 kotak teh bunga (2L) dalam periuk.
2. Apabila air teh bunga sudah panas, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan. Kacau sehingga gula melaka larut sepenuhnya.
3. Masukkan 1 pek serbuk jelly ke dalam periuk dan kacau sehingga larut.
4. Masukkan beberapa helai daun pudina ke dalam campuran untuk menambah aroma. Kacau sebentar dan biarkan mendidih.
5. Setelah mendidih, tutup api dan keluarkan daun pudina. Tuang campuran jelly ke dalam bekas pilihan dan biarkan sejuk selama 2-3 jam sehingga mengeras.
6. Untuk menghidangkan, masukkan ais kiub ke dalam gelas.
7. Tuang jelly yang telah mengeras ke atas ais kiub.
8. Tambahkan perahan limau kasturi ke dalam gelas.
9. Hias dengan sedikit asam, buah laici, dan beberapa helai daun pudina.
10. Hidangan Jelly Teh Bunga dengan Laici dan Limau Kasturi kini siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Sumber: Marissa Brand, Nanie Share Resepi
Baca juga: Apam Mekar Paddle Pop, Cantik Macam Ini Sayang Nak Makan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…