jelly teh bungaResipi hari ini menggabungkan kesegaran jelly teh bunga dengan manisnya laici dan keharuman daun pudina, menghasilkan satu air yang sangat refreshing!

Sesuai untuk dihidangkan terutama sekali ketika cuaca panas sekarang, confirm minum tak toleh kiri kanan.

Kalau anda merancang untuk ke picnic hujung minggu ini, air ini juga sangat sesuai sebagai menu utama!

Berikut adalah cara penyediaan jelly teh bunga bersama laici dan daun pudina. Resipi asli oleh Cik Puan Marissa Brand.

Baca juga: Tanak Pulut Cara Yang Betul, Barulah Onz Makan Dengan Durian!

RESIPI JELLY TEH BUNGA 

Bahan-bahan:

  • 1 pek serbuk jelly
  • 1 tin laici
  • 2 kotak teh bunga kurang gula (1L setiap kotak)
  • Asam ko
  • Daun pudina
  • Limau kasturi
  • Gula melaka

Cara Penyediaan:

1. Panaskan 2 kotak teh bunga (2L) dalam periuk.

2. Apabila air teh bunga sudah panas, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan. Kacau sehingga gula melaka larut sepenuhnya.

3. Masukkan 1 pek serbuk jelly ke dalam periuk dan kacau sehingga larut.

jelly teh bunga

4. Masukkan beberapa helai daun pudina ke dalam campuran untuk menambah aroma. Kacau sebentar dan biarkan mendidih.

jelly teh bunga

5. Setelah mendidih, tutup api dan keluarkan daun pudina. Tuang campuran jelly ke dalam bekas pilihan dan biarkan sejuk selama 2-3 jam sehingga mengeras.

 

6. Untuk menghidangkan, masukkan ais kiub ke dalam gelas.

7. Tuang jelly yang telah mengeras ke atas ais kiub.

8. Tambahkan perahan limau kasturi ke dalam gelas.

9. Hias dengan sedikit asam, buah laici, dan beberapa helai daun pudina.

10. Hidangan Jelly Teh Bunga dengan Laici dan Limau Kasturi kini siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Sumber: Marissa Brand, Nanie Share Resepi

Baca juga: Apam Mekar Paddle Pop, Cantik Macam Ini Sayang Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN