Nak menarik orang yang kurang selera makan bukanlah mudah, tapi cuba hidangkan Jejari Ayam di depannya, pasti makan tak berhenti nanti.
Jejari Ayam atau ramai yang memanggilnya sebagai chicken fingers, merupakan snek yang sangat enak dinikmati tak kira masa dan di mana jua.
Oleh kerana ia sering dijual dalam bentuk makanan sejuk beku, ramai yang menganggap cara buatnya cukup renyah sedangkan ia tak sukar seperti yang disangka.
Buktinya, baru-baru ini kami telah terjumpa resipi Jejari Ayam yang nampak ringkas tapi menyelerakan di Facebook.
Noorakmal Azren Mat Noor telah kongsikan resipi Jejari Ayam yang sedap dan cukup mudah dengan menggunakan 3 bahan saja untuk membuatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Masak Daging Rangup (Crispy Beef), Makan Sampai Bunyi ‘Kruk Kruk’
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong isi ayam dalam bentuk panjang-panjang.
2. Selepas itu, celup isi ayam dalam mayonis, kemudian celup pula dalam serbuk roti.
3. Setelah siap, simpan sebentar dalam peti sejuk, boleh keluarkan apabila nak goreng nanti.
4. Jika nak terus goreng, boleh panaskan minyak dan goreng sehingga kelihatan garing, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya setelah masak Jejari Ayam ini kerana bentuknya lebih kurang seperti ayam gunting yang selalu dijual di pasar malam.
Ramai yang telah kongsikan resipi menarik ini kepada keluarga dan kawan-kawan untuk menarik selera anak yang agak cerewet dalam memilih makanan.
Manalah tahu tiada idea, bolehlah jadikan resipi ini sebagai salah satu koleksi snek yang sedap di rumah. Sambil makan, boleh tengok movie bersama orang tersayang di rumah.
Buat anda yang sukakan pedas, boleh juga tambah lada hitam atau serbuk cili bagi menambahkan kelazatan snek ini yang pastinya buat selera lebih terangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Noorakmal Azren Mat Noor
Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…