tips masak pulut cantik

Siapa yang sebelum ini setiap kali masak pulut pasti akan direndam terlebih dahulu? Rupanya ada tips masak pulut cantik tanpa perlu merendamnya.

Yang lagi best, kalau ikut tips ini anda hanya perlu memasak pulut dengan menggunakan periuk elektrik! Tak perlu susah-susah masak atas dapur. Kalau guna periuk elektrik, tak perlu risau pulut hangus.

Kalau ada yang nak belajar cara masak pulut dengan elok, jom baca perkongsian oleh Kak Long Mil Wawa di bawah. Semoga bermanfaat!

Tips Masak Pulut Cantik Guna Periuk Elektrik

tips masak pulut cantik

Tips untuk kaklong yang baru kawin untuk suami suka makan pulut durian.

Banyak tengok kawan2 yang baru nak belajar masak tak tau nak masak pulut dengan elok.

Tips dari saya guna rice cooker lagi mudah

  • Jangan rendam pulut nanti bila masak lagi lembik
  • Cuci beras pulut macam nak masak nasi, lebihkan sedikit air dari paras pulut.
  • Saya letak sikit je garam nak bagi lemak-lemak sikit. Tak banyak ya sikit sangat.
  • Letak sedikit minyak masak. 2 cawan beras pulut, saya letak 2 sudu besar minyak matahari. Kacau dan terus on suis dan biarkan dia masak.
  • Lepas tu boleh la sendukkan. Periuk pun tak melekat.

Tips kalau pulut dah masak tu terlebih air / lembik

Jangan risau. Akak-akak letakkan sekeping roti kosong dan on suis balik.

Amaran keras! Jangan letak roti coklat ke kismis ke kang jadi pulut coklat pula. Lepas tu tengok keajaiban dia. Pulut tadi jadi normal balik.

tips masak pulut cantik

Kredit: Mil Wawa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN