menu daging

Part 1 semalam min ada bagi 5 idea untuk menu daging korban untuk Raya Haji nanti.

Jadi pada sambungan ini pula, min akan kongsikan lagi 5 idea menu daging untuk rujukan.

Baca juga: Ini 5 Idea Menu Daging Wajib ‘Coba’ Hari Raya Aidiladha Nanti – Part 1

Selamat mencuba dan selamat hari raya Aidiladha bersama keluarga!


IDEA MENU DAGING HARI RAYA HAJI – PART 2

Idea 1: Daging Masak Paprik

Bahan-bahan:

300g daging, dipotong menjadi ketulan
2 batang serai, dititik
5 helai daun limau purut
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam
garam secukup rasa
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak

Bahan untuk ditumbuk:

4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan perapan:

2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus

Bahan sayuran:

4 batang kacang panjang, dipotong empat
1 biji bawang besar
2 biji cili, dihiris serong
2 cawan kobis bunga, dipotong menjadi kuntuman kecil

Cara-cara memasak:

1. Hiris daging nipis dan lumur dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan daging.
3. Masukkan sedikit minyak lagi dan kecilkan api. Tumis bahan tumbuk, cili kisar, serai yang dititk dan daun limau purut. Tumi sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan air dan masukkan sos cili, sos tiram, pes tomyam dan kicap manis. Kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biar kuah masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan daging yang digoreng dan sayur. Masak sehingga sayur lembut dan hidangkan.


Idea 2: Beriyani Daging

Bahan-bahan:

2 cawan beras Basmathi, basuh dan tus
300g daging batang pinang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 inci halia, ditumbuk halus
2 biji bawang merah, dihiris
2 biji cili hijau, dihiris
1/2 cawan susu cair
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu minyak sapi
1 sudu mentega
1 sudu minyak zaitun
1/4 cawan campuran kacang gajus dan kismis

Cara-cara masak daging beriyani:

1. anaskan periuk di atas api sederhana besar. Kemudian, masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaitun.
2. Setelah mentega cair, masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus lalu tumis.
3. Setelah wangi, masukkan rempah briyani dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan susu cair lalu biar masak sehingga daging empuk. Jangan letakkan air kerana daging tersebut akan keluarkan air.
5. Apabila daging sudah empuk, masukkan garam.

Cara-cara masak nasi beriyani:

1. Masukkan beras yang dibasuh ke dalam periuk nasi. Masukkan 2 cawan air. Masak sehingga nasi 3/4 masak.
2. Apabila nasi sudah masak, masukkan nasi ke dalam periuk lain. Isi semula periuk nasi dengan daging berempah yang dimasak tadi berselang-seli.
3. Taburkan kismis dan kacang gajus.
4. Masak semula nasi hingga betul-betul masak.
5. Apabila nasi sudah siap, gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur denga kuah daging tadi.
6. Biar nasi masak selama 5 minit lagi. Taburkan bawang goreng di atas nasi sebagai hiasan.


Idea 3: Daging Masak Merah

Bahan-bahan:

250g daging, direbus sehingga empuk
2 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, dihiris
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/4 cawan sos tomato
3 batang kacang panjang, dipotong empat
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan air sehingga separuh periuk dan masukkan setitik pewarna merah. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk. Selepas daging empuk, keluarkan dan hiris nipis.
2. Letakkan minyak di dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging dan goreng sehingga kekuningan.
3. Keluarkan daging dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau dan masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan.
5. Masukkan daging semula dan kacau rata. Masukkan hirisan bawang besar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika anda ingin sedikit kuah, masukkan 1/4 cawan air dan 1 sudu besar sos tomato.


Idea 4: Daging Masak Halia

Bahan-bahan:

1/2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 helai daun bawang, dihiris
1/2 cili merah, dihiris

Bahan perapan:

200g daging, direbus sehingga empuk
1 1/2 sudu sudu besar sos tiram
2 titik minyak bijan
1/2 sudu besar kicap masin
1/2 sudu besar lada sulah

Cara-caranya:

1. Perap daging dengan bahan perapan dan biarkan selama 30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan atas suhu sederhana panas.
3. Apabila sudah panas, tumis hirisan halia, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan daging yang diperap dan masukkan sedikit air. Biar mereneh sehingga daging masak.
5. Bila daging sudah masak, masukkan hirisan daun bawang dan cili.


Idea 5: Daging Masak Lada Hitam

menu daging

Bahan-bahan:

250gm daging batang pinang, separa masak
1 1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap masin
1 1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, diracik
2 biji cili hijau, dihiris serong
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar jus limau nipis
1 biji lada benggala dipotong dadu.
1 helai daun limau purut

Bahan kisar:

1 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

1. Sediakan bahan kisar. dan ketepikan.
2. Masukkan minyak dan panaskan kuali pada suhu sederhana panas.
3. Apabila minyak sudah panas, tumis cili kisar, bahan kisar dan lada hitam sehingga wangi.
4. Kemudian, masukkan kicap, jus limau nipis dan daun limau. Biar bahan menumis sehingga menjadi sedikit kering.
5. Masukkan air dan daging. Kacau rata.
6. Masukkan lada hitam, lada benggala yang dipotong dadu dan masukkan sedikit air lagi.
7. Perasa dengan garam dan gula secukup rasa sehingga daging betul-betul masak.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN