ikan siakap masak

Hari ini MyResipi nak kongsikan resipi yang bukan sahaja mudah tetapi juga sedap iaitu ikan siakap masak pedas!

Resipi ini memang sesuai untuk kalian yang sibuk tetapi tetap mahu menikmati hidangan yang lazat.

Resipi ini bukan sahaja cepat untuk disediakan, malah pasti akan membuatkan anda menambah nasi!

Ada satu menu ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain dah. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK PEDAS

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (untuk resipi ini, kita gunakan 2 ekor siakap kecil)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 batang serai
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 batang cili api (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram + 1 sudu besar sos cili + air secukupnya
  • Tepung jagung

Cara memasak:

  1. Bersihkan ikan siakap dan potong mengikut saiz yang sesuai.
  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang yang telah ditumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan serai yang dititik dan halia, tumis lagi sehingga naik bau.
  5. Tambahkan sos tiram dan cili api, kacau rata.
  6. Masukkan ikan siakap ke dalam kuali, bersama daun limau purut.
  7. Tambahkan sedikit air, kemudian biarkan ia mendidih hingga ikan masak.
  8. Sebelum dihidangkan, campurkan sos cili dan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  9. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cik Yana

Baca juga: Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai, Punyalah Sedap Kalah Kedai Siam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN