Jika ingin makan hidangan berkuah yang sedap dan menyegarkan, anda boleh cuba buat Ikan Merah Masak Sup paling mudah di rumah.
Ikan Merah Masak Sup ialah hidangan sup yang diperbuat daripada ikan merah yang biasanya dimasak dengan bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut dan air.
Hidangan lauk ini cukup popular disajikan untuk menyembuhkan luka dalaman dan membantu pemulihan badan selepas bersalin. Senang cerita, lauk terbaik untuk berpantang.
Namun, anda boleh juga buat untuk dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mus di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Sedapnya Sebijik Macam Mak Masak
RESIPI IKAN MERAH MASAK SUP
Bahan-bahan:
- Ikan merah
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- 1 sudu rempah sup
- Sebatang serai
- Akar ketumbar
- Sup bunjut
- Garam
- Tomato
- Batang saderi
- Minyak zaitun
- Daun sup atau daun ketumbar atau daun bawang
- Asam keping atau asam limau
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah, bawang putih serta halia (dihiris atau ditumbuk) sehingga keperangan.
2. Selepas itu, masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap.
3. Masukkan serai (titik), akar ketumbar dan sup bunjut, kemudian masukkan air.
4. Apabila sudah reneh, masukkan ikan merah dan masak seketika.
5. Setelah ikan sudah hampir masak, masukkan garam secukup rasa, tomato dan batang saderi.
6. Akhir sekali, hias dengan daun sup, daun ketumbar atau daun bawang mengikut kesukaan. Jika suka masam, boleh letak asam keping atau asam limau. Siap untuk dihidang!
Perlu diingatkan supaya jangan kacau selalu ketika memasaknya bagi mengelakkan isi ikan terus hancur di dalam kuah.
Ada yang kata ikan merah paling sedap dibuat sup. Jika anda buat resipi Ikan Merah Masak Sup ini di rumah, kami yakin kesedapannya bakal dipuji nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Ainn Mus
Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!