Tak kira apa saja jenis masakan yang menggunakan ikan merah pasti disukai ramai. Seperti lauk ikan merah masak lemak cili api ini juga ada penggemarnya yang tersendiri.
Makan dengan nasi putih panas, memang terangkat dibuatnya!
Kebiasaannya kepala ikan merah akan dimasak sup untuk melegakan badan. Tapi untuk dimasak lemak cili api pula, ikan merah akan digoreng telebih dahulu sebelum dimasak dengan lemak cili api.
Baca juga: Ikan Merah Goreng Rangup dengan Sup
Ikutkan resepi asal negeri sembilan masak lemak cili api tidak menggunakan bawang dalam masakan.
Tetapi untuk resepi kali ini, bahan asas dalam masakan seperti bawang amat diperlukan dalam penyediaannya.
Resepi ikan merah masak lemak cili api ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Junainah Borhan.
Kepada mereka yang terasa nak masak ikan merah masak cili api yang padu boleh follow resepi ini. Confirm puas hati!
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan dahulu.
2. Kisar kesemua bahan bertanda * dan tumis ke dalam kuali tanpa minyak hingga kering. Masukkan serai, sedikit air dan santan.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau hingga sebati. Perasakan ia dengan garam secukupnya.
4. Masukkan bendi dan biarkan seketika. Kemudian, masukkkan ikan yang digoreng tadi. Akhir sekali, masukkan tomato. Siap untuk di makan.
Selamat mencuba.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…