ikan masin duri

Kecur air liur min bila ternampak resepi ikan masin duri masak asam. Fuh! Rasa nak buat je untuk lauk makan tengahari atau malam nanti.

Tak perlu nak banyak-banyak lauk lagi. Cukup makan lauk ikan masin ni dengan nasi putih dan telur dadar dah cukup.

Simple sangat cara masak lauk ni. Tak perlukan banyak bahan pun, korang hanya perlukan ikan masin duri, bawang, 3 jenis cili, air asam dan perasa.

Baca juga: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!

Campak-campak dah siap! Nak mudah, korang kena goreng ikan masin separuh masak terlebih dahulu sebelum dimasak asam.

Makan kat kedai pun tak sesedap lauk ni tau! Korang dah boleh hidang dengan nasi putih dan telur dadar. Fuh! Mantap. Lauk kampung lah katakan.

Siapa je yang tak suka makan lauk kampung macam ni kan. Lagi-lagi korang penggemar ikan masin.

Resepi ikan masin duri masak asam ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Muhamad Ismail Mohd Ali.

Simple, mudah dan semestinya sedap. Korang yang suka makan ikan masin, wajib try resepi ni. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Resipi Ikan Masin Duri Masak Asam


Bahan-bahan :

Ikan duri masin
Bawang besar
Bawang putih
Cili kering
Cili hidup
Cili melaka
Air asam jawa
Gula
Garam

Cara memasak:

1. Goreng ikan masin setengah masak dulu.

2. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, cili hidup dan cili Melaka.

3. Masukkan air asam jawa sikit dulu. Kalau nak berkuah, boleh tambah lagi.

4. Perasakan dengan sedikit dan garam.

5. Akhir sekali, masukkan ikan masin yang di masak setengah masak tadi.

Siap untuk dihidang.


Kalau korang suka lauk yang berkuah, lebihkan je air asam tu. Boleh gaul kuah tu dengan nasi nanti.

Takde lah makan kering-kering kan. Pastikan goreng separuh masak dulu ikan masin tu sebelum nak masak asam. Barulah dapat ikan masin yang garing nanti.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN