ikan gelama masin goreng

Pasti ramai penggemar ikan gelama masin goreng kan? Apabila sedang digoreng, baunya semerbak harum satu rumah. Bukan saja sedap dimakan dengan nasi putih, juga cukup lazat jika dimakan bersama pulut.

Namun begitu, tak ramai yang pandai menggoreng ikan. Jika salah cara, ikan akan menjadi pecah dan hancur selepas digoreng. Walaupun masih boleh dimakan, dari segi rupa ia tidak berapa menarik.

Untuk pengetahuan anda juga, ikan gelama mempunyai pelbagai jenis. Jika tersalah beli di pasar, isinya kurang sedap dan tawar. Antara jenis-jenis ikan gelama yang sedap dibuat lauk adalah gelama kuning dada, gelama jarang gigi, gelama sungai, gelama bongkok, gelama cerua dan ibu gelama.

Baca juga: Cara Goreng Ikan Selayang ‘Crunchy’, Makan Licin Sebab Rangup Sampai Kepala!

TIPS IKAN GELAMA MASIN GORENG TAK HANCUR

Cara-caranya:

1. Jangan rendam ikan, cukup sekadar jirus sehingga bersih sahaja. Kemudian sejat sehingga sedikit kering.

2. Sebelum mula menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas.

3. Selain itu ketika sedang menggoreng, jangan guna api terlalu kuat. Guna api yang sederhana besar saja.

4. Hasilnya selepas digoreng. Cukup sedang jika dimakan dengan nasi panas atau pulut. Selamat mencuba!

Kredit: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Baca juga: Petua Goreng Ikan Cencaru Sumbat Supaya Isi Tak Keluar, Minyak Pun Tak Kotor!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN