Setiap kali pergi Terengganu, memang tak sah kalau tak singgah makan ikan celup tepung. Selain itu, ada banyak pilihan celup tepung yang lain seperti ketam, udang, sotong, bebola ikan dan sebagainya.
Yang penting, semuanya fresh dan murah-murah belaka! Makan pula sambil nikmati pemandangan pantai yang indah, memang auto berselera dibuatnya.
Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Isnijumilia Mamadil di bawah.
Baca juga: Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Pukul telur dan kapur makan sehingga berbuih. Kemudian masukkan air dan kacau rata.
2. Seterusnya, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, jintan manis, garam, serbuk perasa dan lada sulah. Kacau sehingga semuanya sebati.
3. Cuci ikan sehingga bersih dan toskan airnya. Sambil itu, boleh panaskan minyak di dalam kuali.
4. Apabila minyak sudah panas, celup ikan ke dalam adunan tadi dan goreng sehingga masak dan garing.
5. Sedap dimakan sewaktu masih masih dan dicicah dengan sos keropok lekor. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Isnijumilia Mamadil
Baca juga: Cara Buat Laksa Terengganu Kuah Putih, Makan Dengan Laksam Pun Boleh
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…