Categories: Resipi

Ikan Celup Tepung Terengganu, Ada Petua Tepung Rangup Dan Melekat Elok

Buat anda yang pernah bercuti ke Terengganu sebelum ini, pasti pernah lihat kedai nasi campur di sana menghidangkan Ikan Celup Tepung Terengganu yang sungguh sedap.

Lauk celup tepung adalah hidangan paling popular di kawasan pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menggunakan campuran tepung beras bersama bahan lain untuk menggoreng hasil laut.

Selain menggunakan udang dan sotong, terdapat juga resipi celup tepung yang menggunakan ikan seperti Ikan Celup Tepung Terengganu.

Jika anda lebih suka lauk celup tepung yang rangup dan melekat elok, boleh ikut petua dalam resipi yang dikongsikan oleh Siti Aisyah Mohd Zain di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain

RESIPI IKAN CELUP TEPUNG TERENGGANU

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • 9 ekor ikan
  • Sedikit kelapa parut
  • Air kapur

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaul tepung beras bersama telur, garam, serbuk kunyit, air kapur dan kelapa parut.

2. Kemudian, baru masukkan air sikit demi sikit. Bagi pekat tapi jangan pekat sangat adunan sebab jika cair, tepung tak melekat.

3. Selepas itu, terus celup ikan dalam adunan tepung tadi.

4. Akhir sekali, bolehlah mula menggoreng. Minyak kena betul-betul panas, baru masukkan ikan. Bagi garing dulu dan baru balikkan ikan. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Ramai yang bertanya tentang petua dengan meletakkan kelapa parut dalam resipi Ikan Celup Tepung Terengganu. Sebenarnya, ia membuatkan tepung pada ikan jadi semakin rangup.

Lauk ini sangat sesuai digandingkan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman. Lebih-lebih lagi, cara membuatnya cukup mudah dengan menyediakan adunan tepung dan goreng saja.

Ramai orang pantai Timur yang sering teringat kampung halaman di Terengganu, buat saja resipi ini sebagai hidangan lazat di rumah dan semestinya ia dapat mengubat rasa rindu anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Aisyah Mohd Zain

Baca juga: Cara Buat Masak Cuka Ikan Berkuah Sedap, Guna Resipi Ini Pasti Jadi!

Aimi

Recent Posts

Petua Peria Goreng Kekal Rangup & Tak Cepat Lemau, Sedap Ratah Sebagai Kudapan!

Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan…

14 hours ago

Cara Masak Bendi Goreng Berlada Telur, Lauk Ringkas Tapi Sambal Pedasnya Buat Selera Bertambah-Tambah

Bendi goreng berlada telur sesuai dijadikan lauk ringkas untuk melengkapkan hidangan harian. Gabungan bendi yang…

17 hours ago

Resipi Rice Pudding Arab Yang Lembut Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…

18 hours ago

Cara Mudah Masak Pulut, 5 Langkah Ini Buat Pulut Lembut & Jadi Cantik Sebutir-Sebutir

Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…

19 hours ago

Resipi Udang Butter Nestum Rangup & Wangi Semerbak, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…

19 hours ago

Rupanya Ayam Pun Sedap Dibuat Kengsom, Kuah Masam Pedas Memang Ngam Dengan Nasi Panas!

Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…

19 hours ago