ikan bawal sweet sour

Resipi ikan bawal sweet sour ini sangat mudah untuk dimasak. Sesuai dijadikan lauk makan malam atau makan tengah hari.

Mula-mula kita akan goreng ikan sehingga rangup. Bila dah siap goreng ikan, kita akan buat kuah masam manisnya pula.

Kuah yang siap dimasak akan disiram ke atas ikan yang sudah digoreng sehingga garing tadi. Memang sangat mengiurkan!

Nampak mudah saja cara penyediaannya kan? Jom kita cuba masak menggunakan resipi oleh Ratna Sari Zain di bawah.

Resipi Ikan Bawal Sweet Sour Rangup

Bahan perap ikan:

  • Ikan bawal saiz biasa 3 ekor
  • Sedikit halia dalam setengah inci
  • Bawang putih 4 ulas
  • Garam dan kunyit

Bahan-bahan kuah:

  • Sos tomato semangkuk
  • Sos cili semangkuk
  • Bawang merah 3 ulas dimayang
  • Bawang putih 2 ulas dimayang
  • Bawang besar sebiji potong dadu
  • Nenas
  • Lada besar
  • Carrot
  • Bunga kubis
  • Limau kasturi 10 biji
  • Cili merah/hijau diketuk
  • Buah tomato
  • Garam dan gula

Untuk sayuran boleh guna sayur campuran.

Cara-cara:

1. Tumbuk bahan perap ikan. Lumurkan pada ikan bawal yang sudah dicuci bersih dan dikelar. Perapkan.

2. Bila dah siap perap ikan tadi, celup dalam sebiji telur sebelum digoreng supaya ikan lebih garing dan rangup.

3. Angkat ikan dan ketepikan. Buang sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis kuah pula.

ikan bawal sweet sour

4. Tumis bawang merah dan putih yang dimayang.

5. Masukkan sos cili dan tomato. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hirisan dadu dan lada besar.

6. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi.

ikan bawal sweet sour

7. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali baru masukkan nenas dan perah limau kasturi. 

Kredit: Ratna Sari Zain

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN