Categories: Resipi

Ikan Bawal Stim Chinese Style, Cara Kukus Macam Ini Barulah Sihat!

Jika anda sudah bosan dengan ikan stim limau, jom cuba lauk ikan bawal stim Chinese style ini. Resipi ini sangat sihat dan ringkas sahaja.

Selain itu, bahan untuk menyediakan juadah ini jugak tidak terlalu rumit untuk dicari seperti halia, ikan, cili padi, daun bawang serta bawang putih.

Bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, sajian kukus begini sudah tentu menjadi pilihan.

Jom baca resipi di bawah ini.

Baca juga: Kuih Lapis Pelangi Warna Warni, Sesuai Buat Hidangan Minum Petang Satu Keluarga

RESIPI IKAN BAWAL STIM CHINESE STYLE

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ikan bawal emas (dibersihkan)
  • Halia (dihiris halus seperti batang mancis)
  • 1 tangkai daun bawang (dihiris)
  • Cili padi secukupnya (dihiris)
  • 7-8 ulas bawang putih (dicincang)

Bahan Sos:

  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu teh gula

Cara Memasak:

1. Goreng bawang putih cincang dengan api kecil sehingga kuning keemasan.

2. Letakkan ikan dalam bekas pengukus bersama hirisan batang bawang.

3. Taburkan halia yang dihiris dan kukus selama 5 minit.

4. Tuang sos ke atas ikan dan tambah bahan goreng tadi. Taburkan daun bawang dan cili padi.

5. Kukus lagi sehingga ikan masak sepenuhnya.

Hidangan ini sesuai dinikmati sebagai makan malam yang ringan tetapi sangat menyelerakan.

Sumber: Raja Azreen

Baca juga: Resipi Roti Sarang Lebah & Sos Karamel, Setiap Gigitan Bagai Di Awang-Awangan!

Aisha Qistina

Recent Posts

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…

39 mins ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

2 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago