hokkaido cupcake

Ramai yang pernah makan Hokkaido Cupcake sebelum ini sampai tertanya-tanya tentang resipi untuk hasil lembut yang menjadi.

Hasil Hokkaido Cupcake yang buat oleh Rosliza Che YA sangat cantik dan menarik, beliau juga telah sudi kongsikan resipinya di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Mexican Bun, Guna Cawan Kertas Cupcake Dapat Hasil Cantik!

RESIPI HOKKAIDO CUPCAKE

hokkaido cupcake

Bahan A:

  • 4 biji kuning telur
  • Secubit garam
  • 3 sudu besar gula kastor
  • Sedikit esen vanilla
  • ½ cawan susu cair (saya pakai susu segar)
  • ¼ cawan minyak masak

Bahan B:

  • 4 biji putih telur
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil cream of tatar

Bahan C:

  • ½ cawan tepung gandum (saya pakai superfine)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil baking powder

Bahan-bahan inti kastard:

  • 200ml susu cair
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu gula kastor
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 biji telur

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan telur, garam, gula dan esen vanilla, putar hingga sebati, kemudian masukkan susu dan minyak dalam bekas adunan telur tadi. Ketepikan.

2. Bagi menyediakan bahan B, buat maringue dengan cara putar putih telur sampai berbuih kasar baru masukkan cream of tatar.

3. Selepas itu, putar lagi dan masukkan pula gula kastor sedikit demi sedikit, putar lagi sampai likat atau bertanduk (tak jatuh apabila diterbalikkan).

4. Seterusnya, ayak semua bahan C dan masukkan dalam adunan kuning telur, kemudian putar sebati.

5. Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur yang telah dicampur tepung tadi sedikit demi sedikit, kemudian gaul dengan spatula bagi sebati.

6. Masukkan dalam paper cup, dan bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dan bakar dengan suhu 150ºC selama 25 minit.

hokkaido cupcake

7. Sementara tunggu kek masak, sediakan inti kastard. Satukan semua bahan kastard dalam periuk dan kacau rata, kemudian masak guna api perlahan sambil sentiasa kacau sampai pekat,

8. Apabila meletup kecil, tutup api dan sejukkan, kemudian dipaipkan ke dalam Hokkaido Cupcake anda. Siap untuk dihidang!

Hokkaido Cupcake yang sungguh lembut dengan inti lazat meleleh pasti membuatkan anda puas setelah memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Rosliza Che YA

Baca juga: Kek Madeline Simple, Letak Jem ‘Ini’ Untuk Kekalkan Rasa Klasik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN