gulai nangka

Nak buat menu kampung untuk makan tengah hari taklah susah mana, anda boleh cuba masak Gulai Nangka yang sedap pada hari ini.

Walaupun Gulai Nangka ini dikatakan hidangan kampung dulu-dulu, tapi masih ramai yang menyukainya sehingga sekarang.

Dalam banyak-banyak variasi, kami yakin anda akan suka resipi Gulai Nangka Ikan Kering Tumis Darat yang dikongsikan oleh Anita Mahadir di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Gulai Sardin, Begini Cara Masukkan Mangga Untuk Kuah Rasa ‘Lejen’

RESIPI GULAI NANGKA IKAN KERING TUMIS DARAT

gulai nangka

Bahan-bahan untuk gulai:

  • Nangka
  • Tulang ikan talang
  • 1 pack kecil rempah kari ikan ( kaknita guna babas)
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit air asam jawa
  • Santan

Bahan-bahan untuk tumis darat:

Cara-cara:

1. Mula-mula, hiris halus semua bahan untuk tumis darat.

2. Rebus nangka sehingga empuk, toskan dan ketepikan terlebih dulu.

3. Potong ikan kering dan direndam untuk kurangkan kadar masinnya sebelum dibersihkan.

4. Kisar halus bawang besar, bawang putih dan jintan putih.

5. Campur bahan kisar dengan rempah kari dan semangkuk air, kemudian didihkan sehingga rempah itu agak masak sedikit.

6. Selepas itu, masukkan ikan kering, nangka, air asam jawa. Tambah air lagi dan santan, biarkan bagi mendidih lagi lama sedikit, kemudian masukkan sedikit perencah hilal.

gulai nangka

7. Rasa dulu, kalau sudah masin tak perlu tambah garam. Kuantiti air agak-agak ikut kepekatan yang dimahukan. Apabila sudah cukup rasa, boleh tutup api dapur.

8. Akhir sekali, tumis semua bahan tumis darat yang dihiris halus tadi sehingga garing dan wangi, kemudian tuang di atas gulai. Siap untuk dihidang!

Apabila makan Gulai Nangka Ikan Kering Tumis Darat, anda akan rasa keempukan nangka yang lembut bersama kemasinan ikan kering dan kepekatan gulai yang cukup menyelerakan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Gulai Siam, Kuah Mengancam Sampai Hirup Banyak Kali Dibuatnya

Sumber: Anita Mahadir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN