Categories: Resipi

Petua Masak Gulai Kuning Lengkuas Ikan Aya Pekat & Sedap, Ikut Cara Orang Tua Dulu

Tengok gulai kuning lengkuas ikan aya ini pun dah tahu sedap. Terliur dibuatnya! Buat orang Kelantan, ini memang lauk biasa untuk makan pagi dan kadang membawa ke tengah hari.

Makan satu lauk ini dengan sambal belacan dah cukup. Tapi bila kita teringin dan cuba buat sendiri rasanya selalu tak sama dengan yang kita selalu makan. Tak jadi pekat dan kurang ‘kick’.

Kalau ada yang rindu nak makan gulai kuning lengkuas ikan aya stail Kelantan ni, perkongsian dari Afy Al Habibi boleh dijadikan panduan untuk masak sendiri.

Mesta dipanggil ‘cikgu’, cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya, cara orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk!

CARA BUAT GULAI KUNING LENGKUAS IKAN AYO RESIPI ‘MOK’

Tak mahu menghampakan harapan ramai kawan yang berminat dengan gulai ini, cikgu tulis dulu resepi penuh begini ya. Cikgu salin yang Mok bagitahu. Jangan lupa baca tip sekali. Dijamin sedap terukk.

Bahan kisar:

  • 7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 hiris bulat nipis lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu besar cili kering kisar

Ikan Ayo (1kg) saiz besar, rebus bersama bahan di bawah:

  • 3 sudu besar garam
  • 1 keping nisse (gula kerek/gula nisan)
  • 4-5 hiris nipis lengkuas
  • 3 hiris nipis halia
  • 6 keping asam gelugur

Cara memasak:

1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur. Dah masak ketepikan dulu.

2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh Mok guna santan dari dalam plastik. Mok sukat ikut kuantiti santan tadi).

3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.

4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Yang ni Mok lupa nak sebut banyak mana; Mok kira agak-agak kena dengan tekak. Seimbang rasa masin manis sahaja.

5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.

6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.

7. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.

8. Tutup api selepas 10 minit.

TIP GULAI KUNING IKAN AYO MAKIN SEDAP DAN PEKAT

  • Orang Kelantan biasa guna ikan Ayo putih atau tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal.
  • Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
    Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
  • Nak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
  • Bungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.
    Padankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.

Selamat mencuba!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago