Gulai kawah merupakan hidangan tradisional yang amat popular di negeri Kelantan terutama sekali jika ada majlis keramaian.
Hari ini, ramai yang memilih untuk memasaknya menggunakan periuk besar sahaja, meskipun ia dikenali sebagai gulai kawah. Penggunaan kawah juga sudah tidak lagi biasa melainkan ketika di majlis-majlis tertentu.
Namun begitu, rasa gulai kawah tetap sedap sama ada dimasak menggunakan periuk besar atau kawah. Cumanya, warna gulai akan lebih gelap jika menggunakan kawah.
MyResipi ingin kongsikan resipi untuk memasak lauk yang kaya dengan rempah dan rasa ini oleh Puan Sri Sal melalui laman sesawang Facebook.
Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk menumis:
Cara penyediaan bahan untuk menumis:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Kemudian, masukkan rempah untuk menumis seperti kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bersama bawang dan halia yang telah dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Goreng rempah tersebut dengan api perlahan sehingga betul-betul garing. Kemudian, ketepikan rempah tersebut.
Cara penyediaan gulai:
1. Masukkan daging ke dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga agak kering dan daging agak empuk.
2. Kemudian, masukkan rempah gulai yang telah ditumis tadi dan gaul sehingga rata. Biarkan sehingga rempah meresap ke dalam daging. Selepas itu, masukkan bawang yang telah dihiris.
3. Tuangkan santan ke dalam periuk dan masak lagi sehingga santan menggelegak. Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam.
4. Sesuaikan rasa dan kepekatan dan boleh diangkat.
Jika ditambah mumban nyior yang didapati dari kelapa muda, akan membuatkan gulai kawah menjadi lazat sekiranya masak bersama-sama.
Selamat mencuba, semua!
Baca juga: Rendang Daging India, Sedap Rupanya Rendang Jenis Ini!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…