gulai ikan pariGulai ikan pari sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Manis dari ikan itu sendiri yang menaikkan aroma dan rasa gulai.

Ikan pari bukan hanya setakat dibakar namun kalau buat juadah lain seperti asam pedas, masak asam dan masak berlada juga sangat sedap.

Jom baca perkongsian resipi oleh Cik Puan Jaja Emyzar ini.

Baca juga: Bebola Daging Sepantas ABC, Buat Sendiri Lagi Sihat!

RESIPI GULAI IKAN PARI

Bahan A (Hiris):

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar halba campur
  • Daun kari

Bahan B:

  • 1 bungkus kecil rempah kari ikan Babas
  • 1 bungkus kecil rempah kari ikan cap 0
  • 1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
  • Campurkan semua bahan ini dan bancuh dengan air

Bahan C:

  • Terung (atau boleh guna bendi)
  • Air asam jawa (ikut kuantiti yang diingini)
  • Santan (ikut kuantiti yang diingini)
  • Ikan pari
  • Garam
  • Cili hijau dan merah
  • Tomato

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A yang telah dihiris (bawang besar, bawang putih, halba campur, dan daun kari) sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan B (rempah kari yang telah dibancuh dengan air) ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan terung atau bendi, air asam jawa, dan santan ke dalam kuali. Masak sehingga kuah mendidih.

4. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan pari dan masak sehingga ikan masak sepenuhnya.

5. Tambahkan garam mengikut cita rasa.

6. Masukkan cili hijau, cili merah, dan tomato. Kacau sekejap dan biarkan mendidih sekali lagi.

7. Setelah gulai mendidih dan semua bahan masak sempurna, tutup api.

gulai ikan pari

Tip:

  • Anda boleh menambah perasa jika suka, tetapi bagi saya, gulai ikan tidak perlu perasa tambahan.

Sumber: Jaja Emyzar

Baca juga: Tip Buat Sambal Kentang Kering Yang Rangup Elok, Ikut ‘Step By Step’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN