Gulai ikan masin tumis darat yang sangat mengiurkan ini akan membuatkan anda bertambah-tambah nasi. Lauk yang sedap dan baunya harum sangat tak sesuai untuk mereka yang sedang dalam fasa diet.
Jom MyResipi kongsikan resipi istimewa gulai ikan masin tumis darat versi Mariana Zainal menerusi laman Facebook.
Baca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan
Bahan-bahan:
Bahan tumis darat:
Cara memasak:
1. Campurkan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk. Masak selama 5 minit untuk memastikan rempah masak dengan baik.
2. Masukkan santan sekiranya rempah sudah masak. Apabila santan mula mendidih, tambahkan terung bulat.
3. Setelah terung mulai lembut, masukkan ikan masin. Pastikan api diturunkan dan kacau dengan kerap untuk elakkan santan pecah.
4. Setelah mendidih, masukkan kacang panjang. Apabila sayur sudah lembut, sesuaikan rasa dengan dengan garam jika perlu.
5. Kemudian, tutup api.
6. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat sehingga garing.
7. Tuangkan bahan tumis darat bersama minyaknya ke dalam kuah gulai yang sudah dimasak.
8. Hidangkan dengan nasi panas.
Selamat mencuba.
Kredit gambar dan resipi: Mariana Zainal
Baca juga: Gulai Ikan Talang Kering Dan Nenas Tumis Darat, Memang Bertambah Pinggan Dibuatnya!
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…