Nak cuba resipi Gulai Betik Muda dengan ikan masin? Salah satu hidangan yang sangat simple dan pastinya enak. Mungkin ada antara anda yang tak pernah mencubanya. Dan mungkin juga ada antara kita yang tak tahu buah betik ini boleh dimasak gulai.
Antara makanan tradisi masyarakat Negeri Sembilan atau bahasa pasarnya Nismilan, memang wajib ada hidangan ini di rumah. Kebiasaannya ia dicampur dengan ikan bilis. Tapi tambah ikan masin pun tetap rasanya padu. Memang kecur air liur dibuatnya.
Baca juga: Resipi Masak Lemak Siput Sedut, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi
Lauk ini boleh dimasak bila-bila masa sahaja. Dimakan dengan nasi putih, telur dadar dan juga petai seronok sangat. Dah tak perlu lauk lain lagi. Mari kita lihat memasak untuk juadah berbuka hari ini.
Untuk resipi ini, anda boleh ikuti perkongsian resipinya dari Cik Puan Zalina Yahaya. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resipi ini untuk dicuba.
Orang nimslan panggil gulai kepayo. Kalau jumpa betik muda boleh cuba buat gulai betik muda ni. Antara lauk tradisi orang nismilan. Ini arwah mak mertua saya yang ajar. Dia selalu buat dengan ikan bilis jer. Ada juga yang buat dengan ayam atau udang. Terserah pada selera anda.
Bahan-bahan:
Bahan tumbuk:
Cara-cara memasak:
1. Masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama 1/2 cawan air. Biarkan ia menggelegak seketika. Untuk hilangkan bau cili.
2. Masukkan pula 1 kotak santan ke dalam periuk. Kalau tak suka pekat, boleh tambah sedikit air.
3. Kemudian, masukkan pula betik muda yang sudah dihiris halus. Hiris guna pisau sebabnya kalau guna penyagat tak berapa halus sangat.
4. Biarkan ia mengelegak dengan api perlahan.
5. Akhir sekali, baru masukkan ikan kering. Boleh masukkan apa jua jenis ikan masin. Kalau kurang masin, boleh perasakan dengan garam dan ajinomoto.
6. Tutup api. Hidang dalam mangkuk lauk dan sedia untuk dihidang.
Wow inilah hasilnya! Sekali sekala bosan makan betik macam biasa, apa kata ubah style macam ni pula.
Selamat mencuba!
Baca juga: Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Ikan Bilis Dan Tempoyak, Menu Orang Dulu-dulu
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…