Categories: Resipi

Daging Taugeh Ikut Resipi Angah, Kecur Air Liur Dibuatnya!

Pernah cuba hidangan Daging Taugeh? Kalau belum, jom ikuti resipi dari perkongsian TikTok Angah ini.

Setiap hidangan baik tengah hari atau malam, wajib ada masakan sayur tau.

Tak kiralah sayur apa, dan buat masakan apa pun tak kisah. Sebab yang pentingnya ada!

Baca juga: Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap

Selalunya lauk sayur yang biasa kita buat adalah goreng sayur campur, kalian ikan masin, kangkung goreng belacan, atau sup sayur. Satu lagi masakan yang wajib kita guna adalah taugeh!

Banyak masakan kita boleh buat dengan menggunakan taugeh ni. Yang seronoknya, taugeh ni memang ramai yang suka. Bila kita masak, habis licin dimakannya memang puas hati betul lah rasa.

Jom kita cuba resipi taugeh yang ini.

Resipi Daging Taugeh Cara Angah

Bahan-bahan:

  • 500gram daging – potong nipis*
  • Tepung Jagung*
  • Lada Sulah*
  • Sos Tiram*
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Cili merah
  • Jeruk Cili
  • Kicap Manis
  • Tauge jenis Pea Sprout

Cara memasak:

1. Mula-mula campurkan kesemua bahan bertanda * dan goreng hingga separuh masak dan ketepikan.

2. Kemudian, tumiskan halia, bawang putih, jeruk cili dan cili merah hingga naik bau.

3. Bila dah naik bau, masukkan daging yang dah masak tadi dan gaul kasi rata.

4. Masukkan sos tiram, kicap manis untuk perasakan hidangan ini.

5. Akhir sekali, baru masukkan taugeh jenis pea sprout dan kacau rata dalam 2 minit sahaja. tauge jenis ini cepat masak.

Siap untuk dihidang.

Boleh tengok tutorial TikTok Angah di bawah:


Fuhh! memang jahat sangat menu ni sampai min pun terliur nak makan sekali.

Dengan nasi panas, suap pula pakai chopstick, feeling makan depan k-drama, memang lentok habis lauk ini. Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago