Jom cuba resipi daging masak rempah pula. Kalau lauk daging ni, buat masak apa pun sedap. Dari gulai, sampailah ke masak kicap, masak merah dan masak lauk kenduri.
Sedap dan wangi beraroma. Tak kira makan dengan nasi, lemang, nasi himpit semuanya sedap dan menyelerakan.
Bila masak berempah ni bak kata orang tu jangan kedekut minyak. Kena tumis sampai pecah minyak dan naik cantik kuahnya. Dari kuah itulah datangnya perisa. Bahan-bahannya simple dan tak perlukan banyak pun.
Baca juga: Cara Buat Daging Masak Merah Ala Thai, Guna 3 Sos Ini
Apa yang buatkan menarik resipi ni ialah dagingnya bukanlah direbus. Tapi dikecutkan dengan bahan kisar dan rempah sampai kecut. Kiranya tumis berulang kali sampai lembut. Air daging tu akan membantu menaikkan lagi rasa. Serius sedap.
Resipi ni dikongsikan oleh Masni Bahari. Lauk simple tapi tengok rupanya cukup menyelerakan dan nampak mewah. Sesuai buat hidangan dengan nasi berperisa juga seperti nasi briyani dan nasi minyak.
Kalau dapat lauk ni terhidang atas meja, memang tak pandang lauk lain lagi dah. Manakan mungkin nak campur lauk lain kan.
Bahan-bahan:
Bahan Kisar:
Bahan Hiasan:
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan daging, bahan kisar, rempah daging, serai, daun kari dan 4 sekawan. Masukkan air sikit dan tumis.
3. Masak sampai daging empuk. Kalau daging tak empuk lagi, masukkan lagi sikit air dan terus tumis lagi sampai empuk.
4. Selepas dah empuk, baru masukkan kicap, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula secukupnya.
5. Reneh sampai kuah pekat.
6. Dah naik minyak cantik, masukkan bahan hiasan.
7. Kacau sebati, dah siap.
8. Boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Resipi ni tak pedas. Hanya rasa bahang-bahang rempah je, itupun tak kuat. Biasanya kalau nak pedas, masukkan cili besar sebagai hiasan. Bila terasa nak pedas, masa makan boleh gigit. Itu yang orang selalu buat.
Kalau rancang nak masak nasi berperisa, bolehlah buat resipi daging masak rempah ni sebagai salah satu lauk hidangan. Jangan lupa mencubanya.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…