daging goreng kunyit kelantan

Resipi daging goreng kunyit Kelantan perkongsian oleh Aisyah Humaira ini sedikit berbeza dari yang lain. Beliau berkongsikan teknik supaya daging lebih sedap, lembut dan menyerap segala perasa.

Jika anda tertanya-tanya apakah teknik yang digunakan, jom ikuti resipi lengkap dengan langkah demi langkah di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tip Sup Daging Bebas Lemak Walaupun Sejuk, Letak Sayur Ini Waktu Masak

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN

Bahan-bahan:

  • Daging dihiris nipis
  • Kunyit serbuk
  • Bawang besar atau bawang holland – dihiris
  • Minyak secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Kacang panjang

Cara-cara:

  1. Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Panaskan kuali. Masukkan daging dan layukan selama beberapa minit. Tambahkan air sehingga paras daging, kemudian rebus dalam kuali dengan api perlahan hingga daging empuk.
  3. Jika air sudah kering tetapi daging belum lembut, tambahkan sedikit lagi air dan renehkan sehingga daging empuk.
  4. Apabila daging hampir lembut dan air telah kering, tuangkan sedikit minyak dalam kuali. Minyak hanya perlu cukup untuk menggoreng daging.
  5. Goreng daging dan masukkan bawang besar, bawang putih, halia, dan cili yang telah dipotong. Goreng sehingga semua bahan sebati dan layu. Hidangkan apabila siap.

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Masak Kari Daging Tanpa Santan, Tetap Pekat & Rasa Lemak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN