daging goreng kunyit berkuah

Waktu makan tengah hari telah tiba dan anda pasti terfikir untuk memasak lauk yang sedap. Apa kata anda cuba masak Daging Goreng Kunyit Berkuah pada hari ini?

Daging Goreng Kunyit adalah antara lauk sering dipesan oleh pelanggan di restoran yang menghidangkan masakan panas dan kami yakin anda merupakan salah seorang darinya.

Biasanya lauk ini akan dihidangkan secara kering saja, tapi kali ini kami terjumpa resipi dalam versi berkuah yang sangat memikat selera.

Cik Pooja telah sudi berkongsikan resipi Daging Goreng Kunyit Berkuah di Facebook dan hidangan ini cukup menarik untuk anda cuba di rumah.

Baca juga: Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan

RESIPI DAGING GORENG KUNYIT BERKUAH

daging goreng kunyit berkuah

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Mula-mula, campurkan daging tadi dengan serbuk kunyit, garam secukup rasa dan sedikit perasa, kemudian gaulkan daging tadi dan masukkan 1 cawan air.

2. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan daging yang sudah digaul tadi, kemudian kacau-kacau dan tunggu sampai air kering sedikit.

3. Apabila air sudah kering sedikit, masukkan bawang besar dan cili padi, kemudian kacau sehingga sebati.

4. Masukkan minyak masak sedikit dan kacau-kacau sehingga ia sebati dengan kuah daging tersebut, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

daging goreng kunyit berkuah

Kami cadangkan anda menggunakan daging batang pinang dalam resipi Daging Goreng Kunyit Berkuah ini supaya lembut dan cepat masak.

Selain itu, anda boleh menggunakan cili padi Vietnam untuk menjadikan pedasnya lebih sedap dan terangkat selera.

Tak kisahlah nak jadikannya sebagai lauk makan tengah hari atau malam, tapi kami yakin keluarga anda di rumah akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Pooja

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Simple Dengan 5 Langkah, Tak Gaduh Bila Kunyah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN