Categories: Resipi

Cucur Daging Tanpa Gagal, Kena Ada Bahan ‘Ini’ Dalam Adunan

Mak-mak paling suka buat kuih goreng pada waktu petang buat anak yang tersayang. Jika ada banyak lagi daging di rumah, anda boleh cuba buat Cucur Daging yang mudah.

Sudah menjadi tradisi sejak dulu lagi untuk minum petang sambil makan kuih-muih atau kudapan yang enak bersama keluarga di rumah.

Tambahan pula jika duduk di kampung, lebih banyak lagi aneka kudapan yang anda boleh makan sepuasnya.

Jika ditanya tentang pilihan kudapan yang paling mudah disediakan pada waktu petang, semestinya ramai akan jawab cucur.

Baca juga: Nak Cucur Ayam Sedap Dan Tak Serap Minyak, Masukkan ‘Bahan’ Ini

Antara cucur yang sering dibuat seperti cucur ikan bilis, ayam, jagung, manis, bawang dan banyak lagi.

Sesetengah orang mendapat rezeki daging korban dan ingin gunakan sebaiknya. Jika begitu, memang elok anda buat Cucur Daging yang lazat.

Jarang kita dengar tentang Cucur Daging tetapi apa yang dibuat oleh Che Eda di Facebook ini memang nampak menyelerakan. Jom cuba!

RESIPI CUCUR DAGING

Bahan-bahan:

  • Daging (hiris dadu)
  • Daun kari (hiris halus)
  • Rempah kari
  • Tepung gandum
  • Sedikit baking soda
  • Garam
  • Kubis (cincang, tambahan)

Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan tambahkan air secukupnya, kemudian gaul sebati.

2. Panaskan minyak masak dan jemput-jemputkan bancuhan tepung tadi, kemudian goreng sehingga luar cucur agak garing.

3. Setelah masak, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!

Nampaknya caranya taklah susah mana, paling penting cukup bahan-bahan di rumah.

Dengan menggunakan lebihan daging yang ada di rumah, anda sudah berjaya hasilkan Cucur Daging yang sedap tak terkata.

Hasil luar rangup dan dalam yang lembut bersama aroma daging menambahkan lagi kelazatan cucur ini.

Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga sukakannya. Selain minum petang, anda juga boleh jadikannya sebagai sarapan buat pagi esok.

Selain dapat menjimatkan lagi perbelanjaan rumah, anda juga tak membazir lebihan daging yang diperoleh.

Selamat mencuba!

Sumber: Che Eda

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago