Crispy Hash Brown ini antara menu sarapan mudah yang dikongsikan. Ianya tidak memerlukan bahan yang susah dicari dan hanya menggunakan kentang dan beberapa bahan asas yang memang sentiasa ada di dapur.

Menyediakan sendiri di rumah bukan sahaja lebih menjimatkan, malah menghasilkan hash brown yang rangup di luar dan lembut di dalam. 

Paling menarik, hash brown ini juga mudah disediakan untuk sarapan pagi dan boleh dimasak lebih awal serta bakar apabila diperlukan. Hidangkan bersama telur, sosej atau sos pilihan untuk melengkapkan hidangan.

Baca juga: Potato Lasagna Tanpa Lasagna Sheet, Guna Kentang Lebih Jimat Dan Tetap Sedap!

Crispy Hash Brown

crispy hash brown

Bahan-bahan:

  • 8–9 biji kentang sederhana
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 4 oz keju cheddar parut
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1½ sudu kecil serbuk bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 Sos:

  •  ½ cawan mayonnaise
  •  2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos pedas
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • ¼ sudu kecil paprika salai
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam kentang yang telah dikupas dalam air bersama sedikit garam selama 10–15 minit.
  2. Toskan kentang dan parut menggunakan potato shredder atau pemarut.
  3. Perah lebihan air daripada kentang supaya hash brown lebih rangup.
  4. Masukkan keju, tepung jagung, garam, lada hitam dan serbuk bawang putih.
  5. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  6. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut bentuk hash brown.
  7. Susun hash brown di atas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas pembakar.
  8. Goreng hash brown dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana selama 3–4 minit setiap bahagian atau sehingga keemasan dan rangup.

Sumber: Threads @itsmenajwa.11

Baca juga: Patutlah Jacket Potato Viral & Sedap, Rupanya Guna Kentang Russet… Ini Bezanya Dengan Kentang Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending