Pantang nampak ada yang jual Crispy Beef di pasar malam, mesti nak beli punyalah. Kadangkala terfikir bagaimana caranya masak daging rangup yang sedap ini?
Jika nak cuba masak Crispy Beef yang sedap, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
Baca juga: Daging Goreng Kunyit Simple Dengan 5 Langkah, Tak Gaduh Bila Kunyah
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
Cara-cara:
1. Hiris bawang nipis-nipis, kemudian goreng dengan sedikit minyak masak dan letak secubit garam. Kemudian, goreng sehingga garing dan naik bau.
2. Potong daging nipis-nipis, lebih kurang 1 hingga 1.5cm tebal.
3. Perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah, tambah garam jika perlu, kemudian biarkan sebentar selama 30 minit.
4. Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga sebati. Kemudian, goreng dalam minyak masak yang panas. Jangan masukkan sekaligus, masukkan satu demi satu.
5. Setelah kekuningan, boleh angkat dan goreng daging buat kali kedua (double fry) supaya lebih garing.
6. Nak buat sos untuk gaul dengan daging, tumis bawang putih dan masukkan chilli flakes, guna cili kering atau cili kisar pun boleh dan sos tomato. Jika pekat sangat, masukkan sedikit air.
7. Masukkan kicap manis dan tambah sedikit cuka. Jika tak boleh makan cuka, boleh tukar kepada limau nipis atau limau kasturi.
8. Masukkan bawang dan daging yang telah digoreng tadi, kemudian gaul laju-laju supaya sos menyelaputi setiap inci daging. Siap untuk dihidang!
Jika boleh, gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang atau rimau menangis. Selain tepung jagung, tepung paling sesuai digunakan ialah tepung kentang.
Kerangupan salutan tepung, keenakan sos dan daging lembut pada Crispy Beef membuatkannya enak diratah begitu saja.
Selamat mencuba!
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…