Categories: Resipi

Cara Buat Creme Brulee Dessert Perancis, Hanya Gunakan 3 Bahan Saja

Mari cuba resipi Creme Brulee ini. Hanya mengunakan tiga bahan saja. Apabila tengok pencuci mulut ini, pasti anda sudah membayangkan kesedapan lemak krimnya.

Jika anda ingin mencuba resipi yang mudah dan lazat ini, sila cuba resipi yang dikongsi oleh Che Sayang Kitchen melalui akaun TikTok beliau.

Baca juga: Resipi Chocolate Truffles Style Mr. Ali, Terasa Gourmet Buat Dessert Macam Ini

RESIPI CREME BRULEE YANG SIMPLE

Bahan bahagian bawah:

  • 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla
  • 2 kuning telur

Bahan bahagian atas:

  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air

Nota: Lebih elok gunakan air panas untuk water bath. Pre-heat oven 170 celcius selama 5 minit sebelum membakar.

Cara-cara penyediaan:

1. Untuk sukatan 6 keping, anda perlukan 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla dalam satu bekas. Kacau sehingga ia cair.

2. Kemudian, masukkan 2 biji kuning telur sahaja. Whisk lagi hingga sebati.

3. Selepas ia sebati, boleh curahkan ke dalam acuan/bekas.

4. Setelah masukkan semuanya ke dalam acuan/bekas, boleh sediakan ia untuk waterbath. Letakkan sedikit air di dalam dulang dan susun acuan/bekas ke dalam dulang tersebut.

5. Bakar dalam suhu 200 Celcius kira-kira 20 hingga 30 minit.

6. Sejukkan creme brulee ini semalaman atau dalam peti sejuk.

7. Untuk bahagian atas pula, panaskan 3 sudu gula dan masukkan air sedikit demi sedikit.

8. Didihkan sehingga ia keperangan. Lepas itu, boleh tuang ke atas creme brulee yang sudah disejukkan.

9. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Video penuh:

@chesayang_kitchen

Episod 165 | Resepi Creme Brulee | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh dalam 6 pcs👉🏻 Bahagian bawah – 3 hingga 4 senduk aiskrim vanilla – 2 kuning telur Bahagian gula – 3 sudu besar gula – 1/2 cawan air Nota: Lebih elok gunakan air panas untuk water bath. Pre-heat oven 170 celcius selama 5 minit sebelum membakar #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #cremebrulee #dessert #ForYouMalaysia

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

Selamat mencuba.

Sumber: TikTok

Baca juga: Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago