Categories: Hiburan

Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil dalam satu pertandingan masakan di Jepun.

Paling membanggakan, beliau tak lupa untuk bergambar bersama bendera Jalur Gemilang dengan piala emas yang dimenanginya dan ini yang kita panggil sebagai semangat anak Malaysia.

Baca juga: Netizen Malaysia Mengamuk, Juara Masterchef Indonesia Komen Nasi Kandar Rasa Berpasir

CHEF SAFURA TAWIL DARI MALAYSIA, RANGKUL JUARA SALAH SATU KATEGORI DALAM WORLD KING OF CHEFS SUMMIT 2024 DI JEPUN

Tukang masak dari Malaysia, Chef Safura Tawil menjuarai salah satu kategori dalam World King Of Chefs Summit 2024 di Jepun menerusi hidangannya, Nasi Ulam Bunga Telang.

Paling mengagumkan, ini merupakan kali ketiga beliau memenangi pertandingan memasak di luar negara selepas Kanada pada 2016 dan Ireland pada 2020.

Bukan mudah untuk bersaing dengan tukang masak dari serata dunia, namun tukang masak Malaysia ini telah mengharumkan nama negara dengan suatu juadah menarik.

HIDANGAN NASI ULAM BUNGA TELANG MENJADI TARIKAN BARISAN PANEL JURI DI JEPUN

Kredit: Instagram safuratawil_

Sewaktu pertandingan masakan di Jepun ini, beliau telah menghidangkan Nasi Ulam Bunga Telang yang sedia maklum telah menjadi identiti negara yang dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Dengan tema ‘Makanan Sihat Berasaskan Tumbuhan’, Nasi Ulam Bunga Telang mendapat perhatian juri dan sekaligus menjadi hidangan juara dalam kategori Sustainability Award.

“Alhamdulillah terima kasih kepada Allah atas berkat menjadi pemenang untuk Sustainability Award Nasi Ulam Bunga Telang/Butterfly Pea Herb Rice di World King Of Chefs Summit Japan 2024.

Kesyukuran dan terima kasih kepada Duta Besar Malaysia Tokyo, Dato ‘Shahril Effendi Abd Ghany dan isteri Datin Suriyah Abdullah atas sokongan anda yang tidak berkesudahan. Sangat dihargai!”

-Chef Safura Tawil-

Semoga perjalanan Chef Safura Tawil dalam dunia masakan akan terus berkembang dan kami dari MyResipi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang dikecapi.

Malaysia Boleh!

Sumber: safura_tawil

Baca juga: Wanita Terkejut Beli Kuih Ada Tanah, Netizen Syak Gerai Tepi Jalan Ini Kena Sihir

Aimi

Recent Posts

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

4 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

4 hours ago

Resepi Perap Ayam Bakar Pelbagai Guna, Boleh Buat Banyak Jenis Hidangan

Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…

7 hours ago

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago