Categories: Resipi

Cara Buat Cendawan Enoki Butter Ala Anju, Buat Makan Ratah Petang-petang



Dah pernah rasa Enoki Butter? Hari-hari selalu naik dekat fyp min dekat media sosial. Memang nampak sedap sangat!

Bila buat tinjauan dekat mana-mana komen, semua kata sedap bila dah cuba buat sendiri dekat rumah termasuklah min. Hiks!

Cendawan Enoki adalah cendawan yang tidak beracun yang boleh dimakan.

Baca juga: Inginkan Hidangan Minum Petang Yang Istimewa? Jom Cuba Resepi Enoki Poket Crispy, Memang Padu!

Ciri-ciri cendawan berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge. Sesetengah orang gemar menjadikan cendawan ini sebagai salah satu bahan masakan di dalam sup dan tomyam.

Disebabkan makanan ini diinspirasikan daripada Anju, jom kita ikuti perkongsian Shariffah Shafinar Syed Zain yang turut sama mencuba resipi viral ini.

Katanya, sesuai juga untuk korang yang nak buat keto diet iaitu diet rendah karbohidrat. Dengan rasa yang buttery juicy tu, memamg sedap buat ratah macam tu je!


Resipi Cendawan Enoki Butter Ala Anju


Bahan-bahan:

  • Cendawan Enoki
  • Butter
  • 2 ulas bawang putih – potong dadu
  • Chili flakes
  • Perahan lemon
  • Kiub pati ayam / mushroom seasoning – boleh guna mana-mana

Cara memasak:

1. Tumis dahulu bawang putih dengan butter. Masak dengan api sederhana sebab nanti cepat hangus bawangnya nanti.

2. Kemudian, masukkan cendawan enoki.

3. Letakkan sedikit air, sedikit kiub pati ayam dan chilli flakes. Nak letak akhir sekali pun okau sebagai hiasan atas pinggan.

4. Perahkan lemon masa memasak atau semasa nak makan.

5. Masa dah nak tutup api, letak sekali lagi potongan butter, kemudian boleh terus hidang. Butter itu akan mencair sendiri atas cendawan enoki.


Siap untuk dinikmati!

Ada sesetengah cendawan enoki yang digoreng tanpa menggunakan bawang putih atau chilli flakes.

Tetapi, kebanyakkannya resipi ini menggunakan butter yang banyak untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap bila dimakan nanti.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago