cara sukat air

Lain kualiti beras yang digunakan, sudah tentunya cara sukat air ketika memasaknya juga akan berbeza. Menyukat air dengan menggunakan jari adalah kaedah tradisional yang masih digunakan oleh sesetengah orang untuk memasak nasi, pulut, dan bubur nasi.

Bagaimanapun, ini mungkin memerlukan sedikit latihan untuk mendapatkan kepekaan yang betul.

Baca juga: Adab Mencuci Beras Dalam Ajaran Islam, Selitkan Doa Ini Sekali

Ada sesetengah mak-mak lebih suka guna sukatan nisbah. Contohnya masak nasi dengan jumlah pot dan sukatan air pun ikut pot yang bersesuaian. Tak kisahlah macam mana sekali pun, asalkan ia masak dan tidak mentah.

Bagi Nor Baya Dahalan pula, beliau lebih ‘terror’ masak nasi, bubur dan pulut dengan sukat air menggunakan jari saja. Inilah yang paling senang dan mudah.

Malah, beliua turut kongsikan nasi yang dimasak memang cantik berkilat ‘kejadian’nya. Ikuti perkongsian petua penuh di bawah. 


CARA SUKAT AIR GUNA JARI 

cara sukat air

Hari ini saya nak kongsikan cara saya menyukat air menggunakan jari untuk memasak nasi, bubur dan pulut. Semuannya saya masak hanya menggunakan periuk nasi. 

Anda suka sukat air guna cawan atau cara dulu-dulu macam saya?

1. Sukatan Pulut

cara sukat air

  • Setengah dari ruas pertama jari telunjuk
  • Sukatan air mesti melepasi paras separuh ruas pertama jari
  • Masukkan garam, serbuk kunyit dan sedikit minyak dalam beras pulut untuk beri perasa, pewarna dan bagi pulut cantik berkilat.
  • Selepas button periuk nasi beralih kepada ‘keep warm’, biarkan sekejap kira-kira 5 minit, barulah buka penutup periuk nasi.

2. Sukatan Nasi

  • Air separas ruas pertama jari untuk beras biasa, serua pertama + suku ruas kedua jari untuk beras basmathi.
  • Masak nasi dalam periuk seperti biasa.

3. Sukatan Bubur Nasi

  • Sukatan paras air untuk sukatan ini bersamaan 2 ruas suku jari
  • Sesekali kacau beras dalam periuk nasi
  • Tambah lagi air jika suka bubur cair

Ingatlah bahawa ini adalah kaedah yang mengharapkan kepekaan tangan dan pengalaman dalam memasak. Jumlah air yang sesuai untuk masakan tertentu juga bergantung kepada jenis beras atau pulut yang digunakan.

Jadi, sebaiknya teruskan untuk mencuba dan sesuaikan mengikut citarasa dan keperluan anda. Semoga bermanfaat.

Sumber: Nor Baya Dahalan

Baca juga: Rahsia Air Beras Yang Ramai Tak Tahu, Orang Dedulu Selalu Guna

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN