Peminat tauhu wajib ada stok di dalam peti ais. Senang jika nak masak mi goreng atau juadah lain. Namun begitu, ramai yang tak tahu cara simpan tauhu supaya tahan lama.
Jika salah cara menyimpannya, tauhu akan cepat rosak dan menjadi masam selepas beberapa hari. Akhirnya, tauhu terbuang begitu sahaja.
Oleh itu, mari kita praktikkan tips simpan tauhu yang dikongsikan oleh Azura Aris di bawah. Menurutnya, tauhu boleh tahan lama sehingga 2 minggu.
Baca juga: Tak Perlu Rendam Dalam Air, Ini Cara Simpan Serai Supaya Tahan Berbulan!
CARA SIMPAN TAUHU SUPAYA TAHAN LAMA
1. Cuci tauhu sehingga bersih. Kemudian rebus tauhu sehingga terapung atau timbul biji-biji kecil.
2. Tos tauhu dan sejukkan sebelum disimpan.
3. Letak tauhu yang sudah sejuk di dalam bekas tertutup. Simpan di bahagian chiller.
4. Tauhu mampu bertahan selama lebih 2 minggu dan tidak akan cepat rosak dan masak. Selamat mencuba!
MyResipi juga ingin kongsikan khasiat tauhu yang ramai tidak tahu. Antaranya adalah:
- Sumber protein yang baik
- Mengandungi lapan asid amino penting
- Sumber besi dan kalsium yang baik
- Mencegah osteoporosis
- Masalah rambut gugur
- Anti penuaan
- Mengandungi magnesium, tembaga, zink dan vitamin B1
- Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung
- Mengurangkan paras kolestrol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan
- Membantu menurunkan berat badan
Kredit: Azura Aris
Baca juga: Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!