Susu pekat memang selalu digunakan sebagai pemanis dalam masakan dan minuman. Tapi jika kita jenis yang jarang menggunakannya, apakah cara simpan susu pekat yang betul?
Pelbagai jenis susu tin yang ada di pasaran dan ia didatangkan dalam tekstur pekat atau cair. Selain dalam minuman, ia juga sering digunakan dalam pelbagai hidangan pencuci mulut.
Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!
Susu pekat adalah produk yang sangat tebal dan manis, serta apabila ditinkan boleh bertahan selama bertahun-tahun tanpa penyejukan jika tak dibuka.
Kali ini, kami kongsikan cara simpan susu pekat yang belum dan sudah dibuka supaya tak cepat rosak. Jom kita tengok caranya!
CARA SIMPAN SUSU PEKAT SUPAYA TAK CEPAT ROSAK
1. Mula-mula, sebelum buka tin susu pekat itu, pastikan basuh dahulu tinnya kerana risau jika tin itu dalam keadaan kotor yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.
2. Setelah tin susu pekat dibuka, anda wajib simpan ia dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran susu.
2. Anda perlu memindahkan baki susu pekat yang masih belum digunakan ke dalam bekas bertutup dan kedap udara.
3. Jangan sesekali simpan susu pekat dalam tin kerana boleh menyebabkan tin berkarat dan memudaratkan keadaan susu tersebut.
4. Susu pekat takkan menjadi keras setelah dimasukkan ke dalam peti sejuk, tapi teksturnya akan jadi lebih pekat daripada biasa.
5. Jika anda simpan susu pekat di dalam chiller, ia boleh tahan sehingga 3 minggu. Tapi jika anda simpan ia di dalam freezer, boleh tahan sehingga 6 bulan tau.
6. Jika tin susu pekat masih belum dibuka, anda hanya perlu menyimpannya di tempat yang kering dan jauh dari cahaya matahari.
Itulah antara cara simpan susu pekat yang anda boleh praktikkan di rumah. Selepas ini, bolehlah anda gunakannya tanpa was-was lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Aima Mzln
Baca juga: Cara Simpan Santan Kotak Besar Dengan Lebih Jimat, Guna 2 Bahan Saja!