Cara simpan sayur tahan lama adalah perkara yang cukup penting bagi memastikan sayuran sentiasa kekal segar dan tahan lama.
Bila nak dekat Hari Raya, ramai yang membeli stok sayur-sayuran dengan lebih awal kerana pasti ramai yang mencarinya juga untuk juadah raya. Kalau lambat beli, nanti cepat habis!
Oleh itu, ibu-ibu sudah boleh mula membeli sayur pada bulan Ramadhan dan simpan dalam peti sejuk beku. Malam raya tinggal masak saja, tak perlu keluar membeli dah!
Oleh itu, mari kita praktikkan tips simpanan sayur beku yang dikongsikan oleh Puan Hani Mynis di bawah.
Baca juga: Jangan Simpan 5 Makanan Ini Dalam Peti Ais, Rupanya Boleh Jadi Racun!
CARA SIMPAN SAYUR TAHAN LAMA TEKNIK ‘FROZEN’
Dah 2x raya lah hani praktikkan beku kan sayur-sayur berharga macam ini.
Daun kunyit
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit hidup
Bunga kantan
Daun pandan
Daun kesum
Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ini.
- Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu
- Tengok macam mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus (contoh daun kunyit kalau masak rendang kita hiris halus, jadi kena hiris terus)
- Bila nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik (jangan lambat simpan, nanti sayur lembik)
- Bila nak guna, tak perlu basuh dah, terus campak je dalam kuali (tak perlu defrost, masuk terus dalam kuali)
- Kalau daun sup, hani suka masuk dalam bekas kecil dan asingkan sekali penggunaan (tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup)
- Daun ketumbar hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia
Ketahanan? Selagi tak habis insyaAllah 3-6 bulan.
Kredit resipi dan gambar: Hani Mynis
Baca juga: Cara Simpan Rebung Supaya Tahan Lebih Lama & Tidak Cepat Masam