cara simpan petai

Ramai tak antara kita yang ‘hantu petai’ kat sini?

Kalau anda salah seorang peminat petai, anda perlu tahu cara simpan petai paling mudah agar ia kekal segar   dan tahan lama dalam peti sejuk.

Maklumlah, petai ni ada musimnya, kalau beli di luar musim memang lebih mahal harganya.

Jadi kalau teringin nak makan, apa kata ikut cara simpan petai yang dikongsikan oleh Hasifah Che Mat ini.

Boleh jimat dan masak bila-bila masa je yang kita nak.

Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah

Macam mana nak buat?

1. Beli petai segar masa masih tengah murah ni kan. Kat Kelantan range harga RM60-80 untuk 100 papan petai.

2. Kupas kulit petai dan buang selaput putih tu. Tinggal petai tu hijau je ye.

3. Peketkan petai dalam plastik ikut kuantiti nak makan. (Tak perlu basuh)

cara simpan petai

4. Frozen kan petai tu. insyaAllah tahan berbulan-bulan dan petai tahan lama serta rasanya tak kan berubah. Ingat tau, frozen. Bukan letak dalam peti biasa tu. Kat tempat beku ya.

5. Nak guna nanti, korang rendam je petai frozen tu dalam air biasa dan bilas bersih.

cara simpan petai

Nak lagi tahan lama, boleh guna vakum pack. Tapi mama guna plastik ziplock je.

Kredit: Hasifah Che Mat

Baca juga: Resipi Sambal Tempoyak Udang Petai, Memang ‘Confirm’ Bertambah Nasi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN